Hiburan

Hormati Keputusan Datuk Jamal Tarik Diri AJL38, FMC Pilih Afieq Shazwan Jadi Pengganti

Mya Amri
19/02/2024
07:28 MYT
Syarikat rakaman FMC Music mengesahkan telah memilih penyanyi, Afieq Shazwan untuk menyanyikan lagu Kucuma bersama Wany Hasrita selepas Datuk Jamal Abdillah mengumumkan menarik diri daripada menyertai Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).
Menurut FMC, keputusan itu dilakukan selepas berbincang mengenai pengganti Jamal dengan komposer lagu tersebut iaitu Ezra Kong.
“Setelah berbincang dengan pencipta lagu Ku Cuma iaitu Ezra Kong, FMC Music telah bersetuju untuk menamakan penyanyi Afieq Shazwan sebagai penganti Datuk Jamal untuk berduet bersama Wany Hasrita dipentas akhir Anugerah Juara Lagu nanti.
“Keputusan pemilihan ini dibuat berdasarkan kredibiliti dan kemampuan Afieq. Kami yakin Afieq mampu memberikan persembahan dan kerjasama yang baik dengan Wany Hasrita,” maklum FMC dalam satu kenyataan kepada media.
Mengulas mengenai penarikan diri Jamal, Pengarah Urusan FMC Music iaitu C. F. Ho menghormati keputusan penyanyi lagenda itu.
“Dengan ini kami FMC Music, syarikat yang menerbitkan lagu Kucuma mengesahkan bahawa Datuk Jamal Abdillah telah menarik diri dari menyertai Anugerah Juara Lagu untuk tahun ini.
“Keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan bersama antara pihak Datuk Jamal, pihak penerbitan dan FMC Music mewakili pencipta lagu.
"Pihak kami tidak dapat berbuat apa apa jika keputusan itu telah dibuat sendiri oleh Datuk Jamal dan dipersetujui oleh pihak penerbitan.
“Sebelum itu Datuk Jamal sendiri ada memberitahu saya untuk menarik diri, namun saya mencadangkan agar Datuk Jamal memaklumkan sendiri pada pihak penerbitan AJL kerana perkara ini terletak di luar bidang kuasa kami selaku syarikat yang menerbitkan lagu,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Musnah Harapan Peminat Nak Tengok Jamal Abdillah Beraksi di AJL38 - “Betul, Saya Tarik Diri Sebab…”

Terdahulu, Jamal memaklumkan terpaksa menarik diri daripada bertanding di pentas AJL38 kerana terikat dengan komitmen lain.
Tambah penyanyi berusia 64 tahun ini juga memberitahu dia mempunyai sebab lain namun enggan berkongsi mengenai perkara tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THSS: De Fam Tarik Diri, Azira Shafinaz Ikut Nasihat Doktor - "Apa Yang Jadi Pada Saya Biarlah ..."

gempak
27/06/2024
12:25 MYT
Susulan penarikan diri daripada rancangan realiti The Hardest Singing Show, anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tampil berkongsi keadaan terkininya.
the-hardest-singing-show

THSS: Ini Sebab DeFam Tarik Diri Daripada The Hardest Singing Show - “DeFam Tak Boleh Perform Tanpa Azira..”

gempak
17/06/2024
04:55 MYT
Penerbit Eksekutif The Hardest Singing Show, Firdaus Mahadi tampil memberi ulasan mengenai penarikan diri kumpulan De Fam daripada rancangan realiti itu.
the-hardest-singing-show

Berdepan Masalah Kesihatan, De Fam Tarik Diri Daripada The Hardest Singing Show

gempak
16/06/2024
16:06 MYT
Kumpulan girl group trio popular De Fam mengumumkan penarikan diri daripada rancangan realiti The Hardest Singing Show.
the-hardest-singing-show

THSS: Datin Alyah Tarik Diri, Dapat Panggilan Tunaikan Haji

gempak
19/05/2024
14:46 MYT
Bintang The Hardest Singing Show (THSS), Datin Alyah mengumumkan penarikan diri daripada program tersebut.
Hiburan

Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"

gempak
20/04/2024
02:55 MYT
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir