Individu yang dikenali sebagai Lee itu dikatakan membaca surat khabar tanpa memakai pelitup muka ketika berada di kawasan taman perumahannya.
Menurut Lee, ketika duduk sendirian dia kemudian didatangi anggota polis yang bertanyakan alasan dirinya tidak mengenakan pelitup muka.
Lee kemudian memaklumkan bahawa dia terlupa membawanya selain keadaan taman awam di rumahnya itu kosong tanpa pengunjung lain kecuali dirinya.
Bagaimanapun, Lee yang juga merupakan seorang guru tuisyen sambilan mengakui kesilapan dirinya, namun memohon agar jumlah kompaun tersebut boleh dikurangkan.
"Saya tahu saya perlu bertanggungjawab kerana melakukan kesalahan, tetapi saya meminta kompaun dikurangkan atau membenarkan saya membuat bayaran secara ansuran," katanya kepada Sinchew Daily seperti yang dipetik Malaysia Gazette.
Lee kemudian diminta untuk membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Klang.
Bagaimanapun, Lee yang tidak tahu memandu kereta dan hanya menggunakan basikal berkunjung ke sebuah klinik kesihatan kerajaan berhampiran untuk membuat rayuan.
Begitupun, sekali lagi dia diminta untuk ke Pejabat Kesihatan Klang yang memakan masa perjalanan hampir sejam sekiranya menggunakan basikal.
Lee yang juga pernah bekerja di bank sebelum bersara itu dilaporkan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM305 sahaja.
Sementara itu, kisah mengenai nasib malang Lee itu turut tular di Twitter yang sudah diulang kicau lebih 6,000 kali.
Sayu hati bila tengok warga emas ini dikompaun sebab tak pakai mask di taman awam masa baca surat khabar.
— Mufarwa (@mufarwafarid) December 11, 2020
Taman awam tu, takda orang. Hanya dia seorang. Dia hendak baca surat khabar, bukannya berjalan sana sini. pic.twitter.com/PQf8E772hM
Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib Lee.
Beberapa pemimpin komuniti termasuk Ahli Majlis Perbandaran Klang telah menghubungi peguam untuk memberi bantuan guaman kepada warna emas itu.
Sumber: Malaysia Gazette
