Hiburan
Warga Twitter Dedah Fara Salleh Pernah Ugut Nak Terjun Bangunan?
Selepas pendedahan bekas vokalis Hyperact, Kecik, mengenai hubungannya dengan individu dikenali sebagai Fara Salleh, semakin ramai warga maya tampil berkongsi mengenai wanita tersebut.
Terbaru, menerusi akaun Twitter @laudyataylor seorang warga maya mendakwa Fara Salleh pernah mengugut untuk membunuh diri dengan cara terjun daripada apartmentnya.
Dakwa warga net tersebut menerusi mesej peribadi yang dihantar kepada @laudyataylor, selain bukti bergambar dia juga memiliki video wanita tersebut sedang berdiri di luar tingkap sambil dipujuk Shuk yang berada di beranda rumah.
Dia turut mengakui menghubungi pihak bomba kerana khuatir wanita yang didakwa sebagai Fara Salleh itu benar-benar terjun dari bangunan.
Bagaimanapun katanya, wanita tersebut lari masuk ke dalam rumah selepas pihak bomba dan polis tiba.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada bulan April baru-baru ini.
Hantaran dibuat @laudyataylor itu menarik perhatian Kecik yang kemudiannya memberitahu dia pernah melalui ‘drama’ ciptaan Fara Saleh beberapa tahun dahulu.
Di ruangan komen rata-rata warga net berpendapat Fara Salleh memerlukan rawatan mental sekiranya cerita yang dikongsi benar-benar berlaku.
Selain itu, ada warga net turut mendedahkan kandungan Whatsapp dihantar Fara Salleh kepada isteri Shuk, Sera.
Menerusi Whatsapp tersebut Sera telah dihina oleh Fara Salleh yang memanggilnya dengan nama haiwan dan menggelarkan anaknya sebagai anak iblis.
Dalam pada itu Gempak sempat membuat tinjauan di laman sosial Instagram (IG) dan mendapati, beberapa akaun menggunakan nama Fara Salleh sudah mula diwujudkan netizen.
Salah satu daripadanya mendedahkan beberapa bukti mengenai sikap sebenar wanita tersebut.
Manakala gambar-gambar di IG asal Fara Salleh juga sudah dipadam.
Terdahulu, pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar didakwa mempunyai hubungan sulit bersama seorang wanita sehingga ‘kekasihnya’ itu menggugurkan kandungan.
Bagaimanapun selepas beberapa jam berita tersebut tular, Kecil tampil bersuara dan mendedahkan pernah dipukul dan diugut oleh wanita sama.
Must-Watch Video