Laman Utama

“Warganegara Asing Langgar SOP COVID-19 Boleh Diusir” – Imigresen

gempak
Mya Amri
18/11/2021
16:14 MYT
Sponsor Banner
“Warganegara Asing Langgar SOP COVID-19 Boleh Diusir” – Imigresen
Warganegara asing yang melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) langkah-langkah pencegahan COVID-19 boleh dikenakan tindakan pembatalan pas dan sebarang kemudahan imigresen yang telah diberikan, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Beliau berkata individu yang didapati bersalah juga akan diusir pulang ke negara asal dan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini semula, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 8 dan Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63.
"Sehubungan dengan itu, Jabatan Imigresen menasihatkan supaya semua warganegara asing mematuhi arahan dan peraturan semasa agensi-agensi kerajaan berhubung langkah-langkah pencegahan pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Untuk berita lanjut sila layari Astro AWANI di sini.
Kredit foto: Bernama
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024