Berita
"Warna Kulit Bukan Pengukur Kecantikan Seseorang, Yang Penting ....." - Vanidah Imran
Pelakon Vanidah Imran mengakui bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh rakannya, penyanyi Nourul Depp.
Menerusi entri di Instagram (IG), Vanidah menjelaskan kencantikan seseorang itu bukan dinilai melalui warna kulit sahaja.
"Well said my sis @nouruldepp. Tiada orang yang dilahirkan tidak cantik di dunia ini.
Advertisement
"Warna kulit bukan pengukur kecantikan seseorang. Yang penting hati, tutur kata dan akhlak seseorang itu.
"Sentiasa bersyukur atas nikmat, kurniaan dan ciptaan Tuhan," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Vanidah dan berharap orang ramai tidak pandang rendah pada seseorang yang memilii kulit yang gelap.
Sebelum ini menerusi entri di IG, Nourul berharap agar orang ramai tidak menilai warna kulit seseorang itu daripada luaran sahaja.
Must-Watch Video