Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wartawan Hiburan Popular, Huzz Meninggal Dunia

Amri Hassan
08/06/2024 10:26 MYT
Wartawan hiburan Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini bin Kamaludin meninggal dunia pada jam 6.10 petang, 8 Jun, pada usia 58 tahun.

Berita itu dimaklumkan oleh adiknya, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama, Nur ul Afida Kamaluddin.

Sebelum ini, Huzz, 59 terlantar di HKL untuk menerima rawatan sejak sekitar Mac lalu selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

Penderitaannya itu juga mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menerusi Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi berbesar hati menziarahi Huzz.

Antara selebriti yang turut datang ziarah sebelum ini adalah seperti Datin Sofea Jane, Erra Fazira, Ziana Zain selain isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Huzz sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan gosip Sensasi Huzz di sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Dia juga penulis lirik dan dikenali menerusi lagu nyanyian Ramlah Ram berjudul Keangkuhan Mu.

BERITA TRENDING: "Kerusi Roda Diguna Di London Ihsan Neelofa" - Adik Fiza Kamarudin

BERITA TRENDING: Wartawan Foto Palestin, Motaz Azaiza Dinobat Man of the Year Majalah GQ

BERITA TRENDING: Pernah ‘Bercakap Seorang Diri’, Mantan Wartawan Hiburan Kongsi Kisah Peribadi Untuk Kesedaran Pesakit Mental

BERITA TRENDING: Ismail Sabri Santuni Bekas Wartawan Hiburan, Rosli Manah Pernah Bantu Lonjakkan Karier Seni Dafi

Berita lanjut menyusul ...

#Meninggal Dunia #Kanser #Wartawan #hiburan #Usus #Huzz