Berita

Watie Diperintah Bayar RM99,500, Hana Lega Dapat Kebebasan Semula

Rozaimi Zubaidi
25/10/2017
07:36 MYT
Bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan lega apabila Mahkamah Sesyen Selayang memerintahkan rakannya, pelakon Watie Sadali membayar RM99,500 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membersihkan status muflisnya.
“Alhamdulillah akhirnya penantian ini berakhir dan saya bebas menjalani kehidupan seperti biasa.
“Sejak diisytiharkan muflis saya tidak dapat ke luar negara. Impian berjumpa dengan dua anak saya Aaron Danial Mann, 16 dan Alayna Daniella Mann, 15, yang kini berada di London bersama bekas suami akhirnya tercapai,”€ katanya
Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali diperintahkan membayar RM99,500 sebagai bayaran pertama kepada jabatan itu sebelum atau pada 30 November ini.
Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Rasyihah Ghazali di kamarnya.
Mahkamah memerintahkan Watie membayar baki itu sehingga Jabatan Insolvensi mengeluarkan surat mengesahkan Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan, 39, bebas daripada status muflis.
Selain itu mahkamah juga memerintahkan Watie membayar RM2,500 sebulan pada atau setiap 25 hari bulan sehingga selesai membayar ganti rugi berjumlah lebih RM700,000 yang sudah diputuskan sebelum ini.
Hana hadir bersama peguamnya Samir Zainal manakala Watie hadir bersama suaminya Joey atau Zulkifli Daud.
Sebelum ini, Hana memenangi saman terhadap Watie berhubung kegagalan penyanyi itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli Toyota Wish.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.
Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010.
Akibat kejadian itu, Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013 dan perkara itu tersebar di blog sehingga mendatangkan malu kepadanya.
Selain itu, dia juga mengalami tekanan dan kejadian itu memberikan kesan negatif kepada kariernya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#TRAVELMANA: Main Lawan-Lawan Cat Sambil Uji IQ, Ini 4 Tarikan Menarik Di Bomb Battle Cawangan Terbesar Malaysia

gempak
27/01/2024
10:00 MYT
Syoknya!
Laman Utama

“Abah Macam Tidur Je, Penat Ya…”- Bapa Azza Elite Meninggal Dunia

gempak
01/08/2022
04:25 MYT
Bapa Azza Elite Meninggal Dunia
Laman Utama

5 Tahun Menduda, Adam AF Tak Serik Berkahwin Lagi - "Ada Yang Saya Berkenan, Dia Pula Tak Mahu"

gempak
17/11/2021
08:49 MYT
Moga ada jodoh terbaik buat Adam!
Highlights

TRAUMA Hidup Kumpulan Elite – Semuanya Pernah Lalui Ujian Penceraian dan Kehilangan Anak. Sungguh Cekal!

gempak
25/06/2021
01:13 MYT
Kata mereka, lagu Trauma bagaikan sumpahan dalam kehidupan Abby, Azza, Linda dan Watie. Jangan lupa tonton Rumah No 107 jam 9 malam ini di Astro Warna untuk dengar sendiri luahan hati mereka yang sarat ‘kesakitan’ dan kini dilepaskan perlahan...
Laman Utama

“Punca & Sebab Kenapa…”- Berpisah Kali Ke-3, Fiza Halim Akur Diceraikan Melalui WhatsApp

gempak
10/05/2021
02:40 MYT
Fiza Halim Akur Diceraikan Melalui WhatsApp