Watie Hanifiah Diserang Netizen Ketika Buat Live, Anak Shuib Tampil ‘Back Up’ - “Saya Ini Baran Tau!”
Asyikin Mayudin
14/02/2024 05:55 MYT
14/02/2024 05:55 MYT
Umum mengetahui isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan anak-anak tirinya.
BERITA TRENDING: Kritik Watie Berseluar Ketat & Bandingkan Dengan Arwah Siti Sarah, Individu Ini Dihenyak Netizen - “Nak…
Malah ketika membuat siaran langsung di platfrom TikTok, anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahra mempertahankan ibu tirinya ketika diserang netizen.
Menerusi siaran tersebut, Talita kelihatan berang apabila membaca salah satu komen netizen yang negatif terhadap Watie.
“Jaga mulut, jangan buat semak… keluar sekarang! Saya ini baran tau. Apa Watie buat dekat kau sampai kau nak macam ini? Mummy tak buat apa-apa,” kata Talita atau mesra disapa sebagai Dekta.
Watie yang ketika itu sedang bercerita mengenai detik pertemuannya dengan Shuib turut berasa gembira apabila anak perempuannya itu mempertahankannya.
“Korang nampak tak, mummy ada back up,” kata Watie.
Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.