Wawa Tak Bersalin - Aeril Zafrel

Mya Amri
November 17, 2017 08:37 MYT
Pelakon Aeril Zafrel mendapat perhatian peminat apabila memuat naik satu foto memaparkan isterinya, Wawa Zainal bersandar di katil hospital sambil tersenyum dan merangkul seorang bayi.
Foto tersebut telah dimuat naik oleh Aeril dan Wawa di akaun Instagram (IG)nya beberapa jam lalu.
Selain foto, kapsyen yang ditulis oleh Wawa juga turut menimbulkan tanda tanya dikalangan peminat mereka.
Aeril bagaimanapun menerusi IGnya menjelaskan foto tersebut hanyalah sekadar lakonan semata-mata.
Menerusi gaya penulisannya, Aeril juga memberi gambaran seolah-olah tidak kisah sekiranya mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.
Dalam pada itu, foto yang dimuat naik oleh Aeril dan Wawa itu menerima pelbagai reaksi peminat.
Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut kerana sebelum ini tiada sebarang berita mengenai kehamilan Wawa dilaporkan.
“Aik bila masa eh @w4w4_zainal pregnant hahaha,” - @syanorazman
“Ingat kan Wawa bersalin, tapi tak nampak mengandung pun, tu yang pelik sekejap,” -@msmemama
“Saja jeeeeeee kan @aeril_zafrel baru nak wish kat @w4w4_zainal hahah. Semoga kamu berdua sentiasa diberkati selalu,” -@azreenmarwana
Foto: Instagram Wawa Zainal / Aeril Zafrel
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Pelakon