Wawa Zainal Sedih Aeril Zafrel Tak Dapat Ikut Kerjakan Umrah

Syafiqah Jalal
Februari 1, 2018 05:30 MYT
Pelakon Wawa Zainal berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah pada hari ini.
Wawa Zainal menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu dia berangkat ke tanah suci bersama bapanya.
Wawa turut memohon agar perjalanannya selamat pergi dan balik serta meminta ampun atas segala silapnya selama ini.
Pun begitu, Wawa sedih kerana suaminya, Aeril Zafrel tidak dapat bersama-sama mengerjakan umrah kali ini.
Menurut Wawa, Aeril tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan kerja di Kuala Lumpur yang perlu diselesaikan.
Namun dia berharap agar berpeluang mengerjakan umrah bersama suaminya pada masa akan datang.
Foto: Instagram Wawa Zainal
#pelakon #Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Umrah #Pelakon