Universiti Teknologi Mara (UiTM) tampil dengan idea unik apabila melakukan acara konvokesyen menerusi teknologi skrin hijau.

Video memaparkan langkah-langkah dan prosedur acara konvokesyen itu kini viral di media sosial.

Menerusi video berkenaan, pelajar terlebib dahulu perlu melakukan temu janji untuk hadir ke konvokesyen pada skala mikro.

Selepas menerima waktu temu janji menerusi SMS, mereka perlu ke kolej untuk mengambil gambar konvokesyen yang berlatar belakangkan skrin hijau.

Imej ini kemudian akan dimanipulasi dengan meletakkan imej latar belakang dan bergambar bersama canselor atau naib canselor.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

Biarpun nampak canggih, namun keadah berkenaan nampak gayanya tidak dipersetujui ramai pelajar.

Rata-rata berpendapat majlis berkenaan boleh diadakan tahun hadapan dan mereka tiada masalah untuk menunggu.

"Apa masalahnya kalau buat tahun depan? Kami boleh tunggu, takde masalah pun.

"Panggung wayang boleh buka, semua boleh buka. Convo tak boleh," kata seorang pengguna Twitter.

Sementara itu seorang lagi pelajar menyatakan majlis konvokesyen penting untuk mengabadikan penat lelah mereka belajar.

"Kami tiada masalah untuk menangguhkan konvo ini kepada tarikh yang selamat untuk kami berkonvo secara tradisi.

"Ini bagi mengabadikan penat lelah kami belajar dan segala duit yang kami telah habiskan untuk proses pembelajaran kami," katanya.

Untuk rekod, Malaysia Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA sebelum ini pernah bercadang menggunakan robot sebagai ganti graduan tetapi menerima tentangan.