Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“We Did It Sayang” - Sweet Qismina Zahir Rasa Syukur Berjaya Memiliki Rumah

Izwan Isa
22/01/2024 12:55 MYT
Selepas bertahun-tahun menanti, pelakon Sweet Qismina menzahirkan rasa syukur atas kejayaan memiliki sebuah rumah.

Hal itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Macam mana eh nak start? Rasa bersyukur tak terhingga sangat ni. Bertahun-tahun cari rumah. Bertahun juga lah tunggu nama lepas dekat bank.

“Kenangan yang paling tak boleh Sweet lupa rasanya satu tahun tu memang ke hulu ke hilir dengan mama pergi tengok show house. Thank you Mama for everything,” tulisnya.

A post shared by ? فرحانة قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina)


Menurut Sweet, banyak rumah yang dilihat dalam tempoh itu, termasuk rumah lama dan baharu.

“Baik rumah baharu atau rumah lama semua pergi tengok. Sampai rasanya banyak dah deposit kita keluarkan for booking. Tapi tu lah, Allah kata bukan rezeki kan. Kita reda. Rumah ni pun, patutnya last year dapat kunci tapi Alhamdulillah, Allah dah tulis tahun 2024 tahun awak akan dapat kunci. Alhamdulillah sangat.

“Yang penting, Allah bagi rezeki untuk kami berdua betul-betul waktu dah nak tunang. Rasanya niat tu penting kan? Still ingat bila we had a talk and I said: ‘Sayang, sebelum kahwin jom kita make sure masing-masing dapat beli aset dulu. Untuk keluarga. Let’s make this work together.’

“And see, we did it sayang. And we did it too mama. Terima kasih ya Allah atas pinjaman dunia ini,” tutupnya.

Untuk rekod, Sweet Qismina dan suaminya, pelakon Adam Lee bernikah pada 24 Oktober 2022.

BERITA TRENDING: Adam Lee Bukan Jenis Suami Yang Minta Isteri Selalu Dengar Cakap - “Nanti Perempuan Ni…”

#Sweet Qismina
;