Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"We're Awesome Mommies Not Mitches" - Jawapan Sakinah Untuk Komen Netizen Mengenai Penampilan Nabila Huda

Zulaikha Yusof
05/04/2019 22:17 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah telah memuat naik sebuah rakaman video di akaun Instagram (IG) miliknya menerusi sebuah entri.

Rakaman tersebut menunjukkan Sakinah bersama aktres Fazura dan Nabila Huda ketika malam GlamXGlam Lelaki Fashion Night Out yang diadakan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) baru-baru ini.

Ruangan entri Sakinah dipenuhi dengan lambakan komen 'makcik bawang' yang kurang senang dengan penampilan Nabila atau lebih dikenali Abil pada malam itu.

Namun terdapat komen yang menarik perhatian Sakinah sehinggakan dia bertindak untuk membalas.

"Bukan baru lepas gugur ke..Napa tak pantang..Nanti bila umur 40 ke atas baru rasa sakit-sakit badan kesan tak pantang..Sebab akak dah rasa tak pantang betul-betul..Badan jadi sakit," tulis Zalifah.

Sakinah tidak berdiam diri malah terus menjawab.

"Usually it's the mommy who are being judgy to other mommies. This is called the 'mummy shaming'. Please be aware that you are being a mitch, judgemental and it doesnt sound like advice. Lets support each other into a better wellbeing for our kids. We're awesome mommies not 'mitches'. (Mommy + B**ch)," tulisnya.



Walau bagaimanapun, komen tersebut telah dipadam selepas beberapa jam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

with my kakak longs @missfazura @kupu_kupu am wearing @gucci #GucciCruise19

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on


 
#Nabila Huda #Sharifah Sakinah