Hiburan

"Weh, Ustaz Suka Kat Kau? Ustaz Tu Lelaki Kot. Jangan-Jangan Ustaz Tu Gay" - Dr Che Hafiz

gempak
Badrul Hashim
16/07/2020
23:15 MYT
Sponsor Banner
"Weh, Ustaz Suka Kat Kau? Ustaz Tu Lelaki Kot. Jangan-Jangan Ustaz Tu Gay" - Dr Che Hafiz
Tidak cukup dengan kenyataan yang diberikan kepada Gempak tentang isu gay yang diperkatakan, Dr Che Hafiz menambah lagi penerangannya pada satu entri di Instagram miliknya.
Baca: "Cerai Sebab Tiada Persefahaman, Bukan Sebab Gay" - Bekas Suami Lufya
Malah, sejak di awal pergolakan rumah tangga mereka pada September tahun lalu, Lufya sendiri pernah membuat kenyataan kepada Gempak bahawa suaminya bukanlah seorang gay.
Baca: “Saya Sebagai Isteri Tahu…”- Suami Didakwa Gay, Ini Jawapan Lufya Omar
Pada entri terbarunya yang menggunakan artikel Gempak, Dr Che Hafiz bercerita tentang perihal sewaktu dia di zaman sekolah lagi
"Teringat satu kisah masa saya zaman sekolah. Waktu tu sesi kelas subjek pendidikan islam. Masa tengah mengajar ustaz tu pun cakap dia suka kat seseorang.Tambahan seseorang yang dimaksudkan itu jantinanya adalah seorang lelaki.
"Kemudian ustaz menjelaskan bahawa tidak ada masalah pun jika kita menyukai lelaki di atas sebab kelebihan yang dikurniakan seperti kerjaya yang bagus, sifat keperibadian yang baik, kategori orang-orang yang berjaya atau orang-orang yang dihormati yang boleh dijadikan sebagai idola dalam kehidupan kita seperti baginda Nabi Muhammad SAW," tulis Che Hafiz.
Menurut Dr Che Hafiz, beberapa bulan lalu dia telah menerima Direct Message (DM) daripada seorang hamba Allah yang 'menemuinya' dalam satu aplikasi.
"Aplikasi tersebut adalah untuk orang-orang yang suka sesama jenis (gejala songsang). Perkara seperti ini saya tidak hairan jika berlaku disebabkan kecanggihan teknologi masa kini dan dengan mudah sahaja org boleh ambil gambar kita untuk digunakan bagi tujuan yg bukan-bukan termasuklah apa yang telah saya kena.
"Saya yakin perkara sebegini sudah tak asing lagi. Ia sudah banyak berlaku dan bukan saya sorang sahaja yang dah terkena ianya dah tak mustahil lagi untuk dunia akhir zaman ni," tulis Dr Che Hafiz lagi.
Tambah beliau, dia seorang yang berfikiran terbuka dan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa meletakkan sebarang penilaian terhadap seseorang itu.
"Bila berkawan dan bila orang layan kita baik kita balas baik tapi tetap ada batasnya. Mungkin ada rakan-rakan saya yang terlibat dengan gejala songsang ini tapi bukan hak saya untuk menghukum dan kutuk mereka.
"Mereka juga adalah manusia. Jika Kita mampu, nasihatlah mereka secara baik tetapi jika tak mampu diam itu adalah lebih afdal. Saya juga ingin nasihatkan bahawa jika anda menerima berita seperti ini untuk meneliti atau selidik terlebih dahulu akan kesahihan sesuatu perkara sebelum jump into conclusion. Saya percaya kita semua bijak pandai dan dikurnia akal untuk berfikir secara waras jadi jangan sia-siakannya," tulis Dr Che Hafiz panjang lebar.
Menurut Dr Che Hafiz lagi, kesimpulannya mudah sahaja, bahawa dia tidak terlibat dengan gejala sonsang seperti yang disangkakan.
Dia juga mengakui bahawa dia masih berseorangan buat masa sekarang ini bukan kerana dia trauma kepada wanita, tetapi dia mahu menumpukan perhatiannya kepada kerjaya dan anak tunggalnya agar membesar dengan baik.
Weh..Uztad suka kat kau!? Ustad tu lelaki kot.. jangan2 ustad tu gay! Teringat satu Kisah masa sy zaman sekolah. Waktu tu sesi kelas subjek pendidikan islam. Masa tengah mengajar ustad tu pun cakap dia suka kat seseorang.Tambahan seseorang yg dimaksudkan itu jantinanya adalah seorang lelaki. Kemudian Ustad menjelaskan bahawa tidak ada masalah pun jika kita menyukai lelaki di atas sebab kelebihan yang dikurniakan seperti kerjaya yang bagus, sifat keperibadian yang baik, kategori orang2 yang berjaya atau orang2 yang dihormati yang boleh dijadikan sbg idola dlm kehidupan kita seperti baginda Nabi Muhammad SAW. Sebenarnya beberapa bulan yg lepas sy telah menerima DM drpd sorang Hamba Allah ni. Dia kata dia jumpa sy dekat dlm satu applikasi.Di mana applikasi tersebut adalah untuk orang2 yang suka sesama jenis(gejala songsang).Perkara seperti ini sy tidak hairan jika berlaku disebabkan kecanggihan teknologi masa kini dan dgn mudah sahaja org boleh ambil gambar kita untuk digunakan bagi tujuan yg bukan2 termasuklah apa yg telah sy kena. Sy yakin perkara sebegini sudah tak asing lagi.ia sudah banyak berlaku dan bukan sy sorang shj yg dah terkena ianya dah tak mustahil lagi untuk dunia akhir zaman ni. Sy tahu saya jenis yang open minded,berkawan je dgn sesiapa tak pernah judge people bila berkawan dan bila org layan kita baik kita balas baik tp tetap ada batasnya.mgkin ada rakan2 sy yg terlibat dgn gejala songsang ini tapi bukan hak sy untuk menghukum dan kutuk mereka. Mereka juga adalah manusia.jika Kita mampu nasihat lah mereka secara baik tetapi jika tak mampu diam itu adalah lebih afdal.sy juga ingin nasihatkan bahawa jika anda menerima berita spt ini untuk meneliti atau selidik terlebih dahulu akan kesahihan sesuatu perkara sebelum jump into conclusion. Sy percaya kita semua bijak2 pandai dan dikurnia akal untuk berfikir secara waras jadi jgn sia2 kan nya. Pd harini Kesimpulannya mudah shja yg Sy ni bukanlah gejala songsang yg disangkakan. Mmg buat masa ni sy Kekal single bukan kerana sy trauma kpd wanita tapi sy ingin beri lebih tumpuan kpd kerjaya & anak sy agar membesar dgn baik.soal Jodoh tu di tangan tuhan klau ada xkan kemana pun. Sekian..
A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz) on
"Soal Jodoh tu di tangan Tuhan kalau ada tak akan kemana pun. Sekian," tulis Dr Che Hafiz agar tidak ada lagi yang membuat andaian sendiri atau salah faham.
Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun, namun bercerai pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live