,
Hiburan

“Welcome Back ‘Kak Ipaq’…” – Izara Aishah Buka Ruangan Komen Di IG, Asyraf Khalid Sempat Menyakat!

Fiza Kamarudin
21/01/2020
14:15 MYT
Gelagat Asyraf Khalid menyakat kakak iparnya pelakon Izara Aishah di laman sosial Instagram (IG) menjadi perhatian netizen.
Izara pada tengahari tadi (Selasa) telah memuat naik sebuah video dirakam oleh suaminya, Muhammad Adib Khalid ketika berada di lapangan terbang.
Pada ruangan kapsyen, Izara memberitahu hanya dia dan suami di Madinah dan Mekah selain mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah melancarkan lagi perjalanan mereka menunaikan umrah.
Selain kapsyen, Izara turut menulis di ruangan komen dan bertanya kepada pengikutnya bagaimana hendak menutup ruangan tersebut, disamping mengucapkan terima kasih kepada warga net yang mendoakan dirinya dan suami.
“Macam mana nak tutup comment di IGTV ni? Izara dah balik dah you guys.. thanks for all the well wishes!
Bagaimanapun adik ipar Izara, Asyraf Khalid sempat meninggalkan komen balas menyakat isteri kepada abangnya itu.
“@izaraaishahofficial mengada. Tak payah tutup comment. Its a free country! Hehe. Welcome back kak Ipaq,” tulisnya.
Komen Asyraf yang juga suami kepada pelakon Indonesia, Tya Ariffin itu telah mendapat 303 tanda suka oleh pengikut di IG Izara.
Difahamkan Asyraf mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada Izara yang baru selesai menunaikan umrah bersama suami tercinta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zoey Rahman Bakal Tunaikan Umrah Kali Ke-10 - “Banyak Dosa & Maksiat Telah Saya Lakukan”

gempak
22/10/2024
01:55 MYT
“Saya harap Tuhan terima amal ibadah saya. Banyak dosa dan maksiat telah saya lakukan,” luahan itu disuarakan oleh pelakon dan usahawan, Zoey Rahman kepada Gempak apabila dia bercadang menunaikan umrah pada Disember nanti.
Viral

PAPUH Nafi Dakwaan Terlibat Kartel Pakej Umrah

gempak
01/10/2024
17:38 MYT
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (Papuh) menafikan dakwaan mengatakan pihaknya terlibat dalam kartel pakej umrah.
Hiburan

Paula Verhoeven Kata Suami Sibuk, Baim Wong Tak Tahu Isteri Tunai Umrah

gempak
01/10/2024
12:55 MYT
Selebriti Indonesia, Baim Wong mengaku tidak mengetahui isterinya, Paula Verhoeven kini menunaikan umrah bersama beberapa rakannya.
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
BorakSeeni