Juara Akademi Fantasia musim yang keenam, Stacy Anam atau Ummu Shaikhah Stacy binti Anam sememangnya seorang penyanyi dalam kategorinya tersendiri. Memang sukar untuk penyanyi lain menandingi keunikan dan keistimewaannya yang mampu menyanyi dan menari dengan lincah.

18 Ogos 2020 menandakan usianya kini menginjak ke angka 30 tahun. Bergelar isteri kepada Akim, juga penyanyi yang lahir daripada program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh.



Dalam satu entri di Instagram miliknya, Stacy mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan selamat hari lahir kepada dirinya.

"Thank you kepada semua yang wish birthday i masuk kepala 3 harini. Sempena dengan umur saya yang ke 30 tahun harini, saya mau wish pada semua kamu semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu yaa.

"To all my families & friends i love u so much dan to @teamsgs saya rindu dan sayang gila sama kamu. Tahun ni nda payah sudah kek si akim cakap. Nanti tengah-tengah malam ada lah tu putung kek chingggg!!!Thank you semuaaa!" tulis Stacy.

Thank you kepada semua yang wish birthday i masuk kepala 3 harini? Sempena dengan umur saya yang ke 30 tahun harini,saya mau wish pada semua kamu semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu yaa... To all my families & friends i love u so much dan to @teamsgs saya rindu dan sayang gila sama kamu. Tahun ni nda payah sudah kek si akim cakap. Nanti tengah2 malam ada lah tu putung kek chingggg!!!?Thank you semuaaa!!!! #18.08 #mamirindumamasamapapa #birthdaygirlmasihgastric?

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam) on


Ramai teman-teman artis dan peminat-peminat turut meninggalkan ucapan selamat hari lahir pada ruangan komen di Instagramnya itu.



Untuk rekod, Stacy memeluk agama Islam pada tahun 2015 bersaksikan ibu dan bapanya sendiri. Dia memilih nama Ummu Shaikhah Stacy dan berkahwin dengan Afiq Hakim Ahmad pada tahun 2016. Mereka mempunyai dua orang cahaya mata, Bella Deluna Afiq Hakim dan Eshaal Afiq Hakim.