,
Hiburan

"What Kind Of Person Rampas Laki Kawan Artis Dia Sendiri?" - Hubungan Persahabatan Juliana Evans Dengan Kaka Azraff Bermasalah?

Kamaruddin Razal
24/04/2019
01:25 MYT
Hubungan baik antara pelakon Che Puan Juliana Evans dan penyanyi Kaka Azraff sememangnya diketahui peminat.
Juliana yang mesra disapa dengan nama Jue dan Kaka menjalinkan hubungan sebagai sahabat rapat semenjak dari dulu lagi.
Malah, mereka sering bercuti bersama dan Kaka juga pernah menjadi 'bridesmaid' Jue ketika pelakon kacukan itu melangsungkan perkahwinan.
Namun begitu, ketiadaan Jue di majlis pernikahan dan resepsi Kaka yang berlangsung pada hujung tahun lalu mengundang tanda tanya status hubungan mereka.
Terbaru, Jue dan Kaka dilihat meluahkan perasaan menerusi laman sosial masing-masing.
Biarpun tidak menyebutkan sebarang nama, baik Jue atau Kaka bercakap mengenai topik 'sahabat yang membawa masalah' dan perkara itu bermula di laman Twitter.
Gempak sempat menyimpan beberapa 'screen shot' entri Twitter Jue dan Kaka tetapi ada beberapa entri Twitter terbabit telah pun dipadamkan.
Jue menggunakan foto seorang wanita memakai beg biru untuk menutup kepala dan tatagaya gambar terbabit seakan mirip dengan foto Kaka.
Beberapa minggu lalu, foto Kaka yang menyarungkan kain net biru di kepala menjadi tular di laman sosial.
Terkini, menerusi ruangan Instagram Stories milik Jue malam tadi, pelakon itu seakan meluahkan perasaan marah terhadap seseorang.
Biarpun tak menyebut nama, luahan itu seakan ditujukan untuk Kaka, melihatkan kepada foto yang dimuat naik oleh Jue.
Sekali lagi, Jue meluahkan kata-kata pedas di atas sekeping foto seorang wanita memakai beg biru untuk menutup kepala dan tatagaya gambar terbabit seakan mirip dengan foto Kaka.
Menjengah ke laman Instagram Kaka pula, pelantun lagu Bukan Hal Aku itu memuat naik entri Twitter miliknya di ruangan Instagram Stories.
Entri tersebut menjelaskan dia enggan mengatakan apa-apa kerana Allah itu ada.
Baik Jue mahu pun Kaka, masing-masing belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara ini.
Foto: TheBinge, Instagram & Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
goldmovie

#GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian

gempak
03/07/2024
06:55 MYT
Dipilih sebagai penyanyi 'original soundtrack' (OST) dalam filem Gold, Kaka Azraff berkongsi dirinya mahu meneruskan legasi ibu saudaranya, Ella, menerusi lagu Kita Pasti Boleh.
the-hardest-singing-show

THSS: Menjadi Yang Pertama Tersingkir, Kaka Azraff Gembira Dapat Cuba Banyak Benda - “Ini Bukan Pengakhiran”

gempak
03/06/2024
01:55 MYT
Konsert minggu keempat The Hardest Singing Show (THSS) telah menyaksikan Kaka Azraff telah menjadi peserta pertama yang tersingkir.
Hiburan

Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”

gempak
24/04/2024
06:00 MYT
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Terkini

Tak Tahu Nak Buat Apa Pada Hujung Minggu? Jom Saksikan 2 Filem Ini!

gempak
22/03/2024
13:55 MYT
Tersedia di platform Youtube Astro Shaw, dua filem ini turut boleh distrim di peranti pintar di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Hiburan

Tak Menggelupur Respons Isu & Kontroversi, Ini Cara Neelofa & Awal Ashaari Tangani Krisis! - "Pantas Jawab Mungkin Dipengaruhi Emosi"

gempak
17/01/2024
05:55 MYT
Selebriti popular, Neelofa dan Awal Ashaari sependapat artis tidak perlu terburu-buru untuk memberikan respons sekiranya berhadapan dengan krisis.