Masih ingat lagi drama siri Gossip Girl yang pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan remaja sekitar 2007 lalu?

Ketika itu, ia dibintangi oleh Leighton Meester, Penn Badgley, Blake Lively, Taylor Momsen, Chace Crawford, dan Ed Westwick.

Watak seperti Serena, Blair Waldorf, Dan Humphrey, Chuck Bass antara yang paling diperkatakan ketika itu.

Namun, itu 14 tahun yang lalu dan kini muncul Gossip Girl versi reboot yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Kali ini, kesemuanya menampilkan barisan pelakon baru dengan watak yang baru.

Antara yang bakal memeriahkan kehidupan remaja elit ini adalah Emily Alyn Lind, Tavi Gevinson, Whitney Peak, Eli Brown, Johnathan Fernandez, Jordan Alexander, Savannah Smith, Evan Mock, Jason Gotay, Thomas Doherty, Adam Chanler-Berat, Savannah Smith dan Zion Moreno.

Pun begitu, suara naratif ikonik drama ini iaitu Kristen Bell masih dikekalkan.

Sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat setianya.

Pelanggan Astro boleh menonton siri ini pada 8 Julai jam 3.01 petang, sama dengan waktu US secara On Demand atau melalui Astro Go dan HBO Go.

Anda boleh lihat trailer drama ini di bawah: