WHO Lapor Penggunaan Tembakau Semakin Berkurangan Di Seluruh Dunia
Awani
17/02/2024 14:55 MYT
17/02/2024 14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat berkata, kebanyakan negara di seluruh dunia berjaya mengurangkan penggunaan tembakau, dengan kira-kira satu daripada lima orang dewasa mengambil tembakau pada 2022 dan menggesa dasar kawalan tembakau dan memerangi gangguan oleh industri tembakau dikuatkuasakan, lapor Sputnik.
Trend pada 2022 menunjukkan penurunan berterusan kadar penggunaan tembakau berbanding satu daripada tiga orang pada tahun 2000.
Brazil dan Belanda menyaksikan kejayaan pelaksanaan kawalan tembakau MPOWER, dengan Brazil membuat pengurangan relatif sebanyak 35 peratus sejak 2010 dan Belanda hampir mencapai sasaran 30 peratus, menurut WHO dalam laporan terkininya.
Jumlah pengguna tembakau berumur 15 tahun ke atas telah menurun secara berterusan kepada anggaran 1.245 bilion pada 2022 daripada 1.362 bilion pada 2000 dengan unjuran penurunan berterusan kepada 1.20 bilion orang menjelang 2025.
Pada masa yang sama, WHO rantau Asia Tenggara dan rantau Eropah melaporkan peratusan tertinggi angka pengguna tembakau, masing-masing pada kira-kira 26.5 peratus dan 25.3 peratus.
WHO berkata, matlamat global sukarela untuk mengurangkan 30 peratus penggunaan tembakau menjelang 2025 dijangka tidak tercapai, kecuali di 56 negara.
Organisasi itu menggesa kerajaan supaya terus melaksanakan dasar kawalan tembakau dan memerangi gangguan industri tembakau memandangkan usaha untuk melindungi dasar kesihatan daripada peningkatan gangguan industri tembakau semakin merosot di seluruh dunia, menurut Pengarah Jabatan Promosi Kesihatan WHO, Dr. Ruediger Krech.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Trend pada 2022 menunjukkan penurunan berterusan kadar penggunaan tembakau berbanding satu daripada tiga orang pada tahun 2000.
BERITA TRENDING: “Kalau Dari Dulu Kerajaan Malaysia Buat, Takdalah Teman Hisap Rokok” - Jamal Abdillah Sokong RUU Kawalan…
Laporan itu menunjukkan 150 negara berjaya mengurangkan penggunaan tembakau.Brazil dan Belanda menyaksikan kejayaan pelaksanaan kawalan tembakau MPOWER, dengan Brazil membuat pengurangan relatif sebanyak 35 peratus sejak 2010 dan Belanda hampir mencapai sasaran 30 peratus, menurut WHO dalam laporan terkininya.
Jumlah pengguna tembakau berumur 15 tahun ke atas telah menurun secara berterusan kepada anggaran 1.245 bilion pada 2022 daripada 1.362 bilion pada 2000 dengan unjuran penurunan berterusan kepada 1.20 bilion orang menjelang 2025.
Pada masa yang sama, WHO rantau Asia Tenggara dan rantau Eropah melaporkan peratusan tertinggi angka pengguna tembakau, masing-masing pada kira-kira 26.5 peratus dan 25.3 peratus.
WHO berkata, matlamat global sukarela untuk mengurangkan 30 peratus penggunaan tembakau menjelang 2025 dijangka tidak tercapai, kecuali di 56 negara.
Organisasi itu menggesa kerajaan supaya terus melaksanakan dasar kawalan tembakau dan memerangi gangguan industri tembakau memandangkan usaha untuk melindungi dasar kesihatan daripada peningkatan gangguan industri tembakau semakin merosot di seluruh dunia, menurut Pengarah Jabatan Promosi Kesihatan WHO, Dr. Ruediger Krech.
BERITA TRENDING: Kalaulah Perokok Tahu Bahaya Asap Yang Juga ‘Disedut’ Orang Sekeliling – Mungkinkah Mereka Akan Berhenti…
Organisasi itu juga berkata, kanak-kanak berumur 13-15 tahun juga terus menggunakan produk tembakau dan nikotin di kebanyakan negara walaupun undang-undang hanya membenarkan orang dewasa membelinya disebabkan mudah untuk mendapatkannya.Sumber: Bernama menerusi Astro Awani