,
Highlights

Kalaulah Perokok Tahu Bahaya Asap Yang Juga ‘Disedut’ Orang Sekeliling – Mungkinkah Mereka Akan Berhenti Merokok?

Huda Hussain
18/08/2020
12:00 MYT
Pelbagai inisiatif, kempen dan usaha dilakukan ramai pihak untuk memberi kesedaran kepada mereka yang menghisap rokok. Bahkan penguatkuasaan undang-undang yang melarang perokok menghisap rokok dalam premis makanan masih dipandang enteng. Ia bukan sahaja meninggalkan risiko untuk kesihatan mereka, tetapi juga orang sekeliling yang secara tidak langsung turut sama ‘menyedut’ asap yang dikeluarkan dari rokok. Tidak kiralah sama ada rokok biasa atau rokok elektronik, ia tetap berbahaya dan menjejaskan kesihatan.
Perkongsian Dr Ahmad Samhan ini jelas menunjukkan impak sisa asap basi terhadap kesihatan bayi. Ambil masa untuk sama-sama memahami tulisannya. Dan kepada perokok, fikirkanlah risiko ini. Jika bukan untuk diri anda, ingatlah insan yang tersayang.
“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik” “Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?” “Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah”
Kredit Foto: Google
Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan! Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus. Semua bahan ini berbahaya untuk kesihatan. Ramai yang silap faham, rokok elektronik lebih selamat dari rokok. Hakikatnya tidak!
Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri. Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama.
Perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua. Jangan anggap bayi atau anak selamat apabila merokok di luar rumah. Ini kerana, apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan sisa rokok masih terlekat di kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir, dalam kereta, dan melekat walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok. Sisa asap rokok adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini bermakna asap rokok itu lebih bahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi!
Kredit Foto: Facebook Ahmad Samhan
Kesan Sisa Asap Basi
1️. Potensi Mati Mengejut The Health Consequence of Tobacco Use melaporkan kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan. Selain itu, bayi dalam kandungan juga berisiko lahir kurang berat badan dan komplikasi lain yang membawa kepada ancaman kesihatan secara kekal.
Kredit Foto: Google
2️. Masalah Salur Pernafasan Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata, “Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50. “Itu bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih banyak sisa asap basi daripada orang dewasa,”
3️. Serangan lelah Bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asthma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok. Yang menyedihkan, terdapat kajian mendapati bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dapat memberi kesan 100%.
4️. Merencatkan perkembangan otak Menurut data oleh American For Non-Smokers’ Right, kesan sisa asap basi ini boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar. Selain itu, kajian Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics turut mengaitkan asap rokok sebagai salah satu punca anak yang hiperaktif, ganas, tertekan dan mengalami masalah ADHD (attention deficit hyperactivity disorder), terutamanya di kalangan anak lelaki.
Kredit Foto: Google
5️. Jangkitan paru-paru Anak boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

gempak
22/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan.
Berita

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

gempak
21/08/2024
12:55 MYT
Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukanlah satu lagi Covid-19.
Berita

Apakah Mpox Dan Bagaimana Untuk Melindungi Diri?

gempak
20/08/2024
13:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa buat kali kedua pada 14 Ogos lalu.
Berita

Mpox Kecemasan Kesihatan Global, Ini 6 Langkah Segera KKM

gempak
18/08/2024
11:55 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.