Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) telah pun berakhir dengan menyaksikan penyanyi Khai Bahar dan Siti Nordiana menggondol anugerah utama, Top Top MeleTop Lelaki & Wanita.

Disebalik kemenangan besar itu, terdapat juga perkara lain yang kini sedang hangat diperkatakan netizen di Twitter.

Kemunculan seorang jejaka yang menjadi pengiring kepada penyampai anugerah di AME2019 menarik perhatian ramai.

Wajah kacaknya yang sentiasa tersenyum menimbulkan tanda tanya, siapakah gerangan jejaka itu.

Ini antara tweet netizen:
Jadi siapakah sebenarnya jejaka ini?

Menerusi laman Instagram miliknya, lelaki ini dikenali sebagai Jabir Meftah.

#AME2019 #anugerahmeletopera Photo by @nazafeetee Grooming by @syamielisma Hair by @yayakembayau

A post shared by جابر (@jabirmeftah) on


Dia merupakan seorang model peragaan dan turut terlibat dengan iklan komersial di televisyen.

Anda boleh lihat akaun instagramnya di sini.

Difahamkan, pengikut Instagram Jabir meningkat selepas trending di Twitter.