“Why Oh Why? Am I Not Malaysian?”- Michael Ang Tak Layak Terima Bantuan BPN

Syafiqah Jalal
April 7, 2020 05:36 MYT
Pengarah terkenal Michael Ang mendedahkan keputusan kelayakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Semakan yang dibuat menunjukkan Michael tidak layak menerima bantuan yang diberikan kerajaan bagi meringankan beban rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Michael pada mula berseloroh tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut namun kemudian memahaminya dan menyokong niat kerajaan membantu yang memerlukan.
“Salam semua. Why oh why? Am I not Malaysian? Hehehehehhe!
“Kita faham niat kerajaan and kita stay positive okey and terus support usaha kerajaan untuk menangani Covid-19!
“Mari bersama rakyat Malaysia terus melawannya!” tulisnya.
Michael berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik paparan skrin keputusan tersebut yang diterima itu.
Pengikutnya memberi pelbagai reaksi termasuk berkongsi keputusan kelayakan yang diterima masing-masing.
Semalam, Amar Baharin turut berkongsi keputusan yang sama iaitu tidak layak menerima BPN.
BACA: "Dengan Harapan Sedikit Buah Tangan Kami Dapat Meringankan Beban .." - Tidak Layak Dapat Bantuan BPN, Amar Baharin Pilih Kongsi Rezeki Dengan 'Frontliners'
#Michael Ang #COVID-19 #PKP #BPN