Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Why You Post This One!" Muat Naik Gambar Asam Pedas Errr... Aaron Aziz Ditegur Isteri

Badrul Hashim
19/07/2020 04:29 MYT
Jika ada yang tidak begitu mengenali Datuk Aaron Aziz, dia sebenarnya agak kelakar orangnya. Apa lagi kalau bergurau senda di media sosial.

Terbaru, Aaron memuat naik sekeping gambar yang agak meloyakan di akaun Instagram miliknya itu. Gambar asam pedas yang termasuk cicak membuatkan ramai yang rasa ingin muntah.

"Gambar dari FB Ketum GAming. Siapa yang tak ada idea nak masak apa boleh cuba lauk asam pedas cicak," seloroh Aaron di entri tersebut.

Gambar dari FB Ketum Gaming...siapa yg takde idea nak masak apa boleh cuba lauk asam pedas cicak. #Abgtakdebendanakpost #Abgnampakmcmmenarik #Abgnaktry #Abgrasastockmestitakputus #Abgjemputsemuamakan #CicaktengahChill

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on


Sememangnya entri tersebut mengundang pelbagai komen daripada warga maya termasuk isterinya, Datin Diyana Halik.

"Why you post this one!" komen Diyana sambil meletakkan emoticon menangis dan termuntah.



Ramai lagi warga maya yang memberikan komen yang hampir serupa dan ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri apabila cicak jatuh ke dalam masakan mereka.



Untuk rekod, Datuk Aaron Aziz berkahwin dengan Datin Diyana Halik pada tahun 2003 dan pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Berasal daripada Singapura, Aaron mendapat taraf penduduk tetap Malaysia pada tahun 2012.
#Aaron Aziz #Diyana Halik #Asam Pedas