Pelakon popular, Hairul Azreen mengakui harus 'berpuasa' selama setahun selepas mengetahui isterinya, Hanis Zalikha kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hairul berkongsi sebuah video yang menunjukkan dia rindu untuk melakukan aktiviti memancing bersama rakan-rakannya.

"Wife pregnant!!! (Setahun puasa) korang faham tak kenapa saya post video ni, rindu laut #SayaTenangDiLaut, rindu mancing #CaptainFishing.

"Ini video mula-mula saya belajar mancing, ikan-ikan yang pernah saya dapat boleh tengok #captainfishing," tulisnya.

Wife pregnant !!! (Setahun puasa) korg faham tak kenapa saya post video ni, rindu laut #SayaTenangDiLaut, rindu mancing #CaptainFishing , ini video mula2 saya belajar mancing , ikan2 yang pernah saya dapat boleh tengok #captainfishing ⬅️

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on


Rata-rata berharap agar Hairul bersabar dan fokus memberi tumpuan kepada keluarganya dulu memandangkan isterinya kini sedang hamil anak kedua.

Difahamkan maksud Hairul 'setahun berpuasa' itu adalah menunjukkan dia harus melupakan sebentar aktiviti memancingnya bersama rakan-rakan kerana Hanis kini sedang hamil.

Hairul berkahwin dengan Hanis pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Yusuf Iskandar.

Dalam perkembangan lain, Hairul muncul dengan filem terbaru Polis Evo 2 dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Hasnul Rahmat, Erra Fazira dan ramai lagi.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini telah menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 20 November lalu.

Dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!