“Will Smith Pasti Memahami Kesukaran Isteri”- Diana Danielle Tak Boleh Terima Gurauan Chris
Syafiqah Jalal
29/03/2022 03:51 MYT
29/03/2022 03:51 MYT
Pelakon Diana Danielle tampil menyuarakan pandangannya terhadap insiden aktor antarabangsa Will Smith yang menampar pelawak, Chris Rock di atas pentas Academy Awards susulan mengejek masalah keguguran rambut Jada Pinkett, semalam.
Diana menegaskan seharusnya masalah kesihatan yang dilalui Jada tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan seperti dilakukan Chris.
“Isteri dia mengalami Alopecia Areata. Kondisi yang membuatkan dia kehilangan rambut dan itu ialah penyakit Autoimun.
“Will pasti memahami kesukaran yang dilalui Jada. Tidak baik menjadikan penyakitnya sebagai satu bentuk gurauan,” katanya.
Isteri kepada actor Farid Kamil itu berkongsi pandangannya di InstaStory miliknya hari ini.
BACA: [VIDEO] Melawak Fasal Isteri, Will Smith Tampar Muka Chirs Rock Ketika Live Oscars
Tambah Diana lagi, sepatutnya, anugerah berprestij digunakan sebagai platform memberi kesedaran mengenai perkara yang baik termasuk penyakit yang dialami Jada.
“Kamu di atas pentas Oscars, untuk meraikan kejayaan individu dalam industri.
“Dia sepatutnya menyebarkan kesedaran mengenai penyakit tersebut tetapi memilih untuk merendah-rendahkannya,” katanya lagi.
Semalam, di pentas Oscar yang menyaksikan Smith melempang Chris, mengejutkan penonton di Dolby Theatre, di sini dan seluruh dunia yang menyaksikan siaran langsung acara anugerah berprestij itu.
Ia berlaku ketika Rock yang menjadi penyampai bagi kategori Dokumentari Terbaik, membuat lawak yang kurang disenangi mengenai penampilan isteri Smith, iaitu Jada Pinkett Smith yang berimej botak dengan menyamakannya seperti watak G.I Jane lakonan Demi Moore.