,
Laman Utama

Wish Birthday Sajat, Zarina Zainuddin Pula Dikecam! Ramai Marah Guna Ayat Pretty Woman - “Saya Minta Maaf Tapi Cuba Baca Sampai Habis…”

Mya Amri
26/02/2022
07:50 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin dikecam netizen selepas menulis ucapan hari jadi kepada usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat.
Zarina menerusi ruangan komen Instagram Datuk Seri Aliff Syukri hanya sekadar memberikan ucapan biasa tanpa sebarang niat.
Happy birthday pretty woman @nursajatkamaruzzaman apa pun yang Sajat lalui akak tetap doakan yang terbaik buat Sajat. Semoga pengakhiran yang baik buat Sajat,” tulisnya.
Bagaimanapun penggunaan ayat ‘pretty woman’ itu mengundang rasa kurang senang netizen.
Rata-ratanya mengatakan ayat tersebut tidak sesuai diguna pakai memandangkan jantina Sajat sebagai seorang lelaki.
Netizen juga mendakwa ayat tersebut seolah-olah memberikan galakan untuk Sajat terus menjadi wanita.
BACA: “Rasa Seperti Dilahirkan Semula” - Sajat Kini Wanita Di Australia, Dakwa Berjaya Daftar Status Tukar Jantina
BACA: “Negara Mana Yang Tentukan Jantina Dia, Kita Tak Campur” - Sajat Tetap Lelaki Di Malaysia
Tidak berdiam diri, Zarina bagaimanapun tampil memberikan penjelasan berkenaan salah faham itu.
Kata Zarina, dia tidak menyokong perbuatan Sajat sebaliknya mendoakan usahawan itu mendapat pengakhiran yang baik.
Selain itu, Zarina juga memohon maaf andai kata pandangannya itu salah namun dia meminta agar netizen membaca penulisannya itu sehingga habis.
“Salam, saya baca je komen dalam ni banyak yang negatif, jangan macam tu kita ada keluarga juga dan kita hidup di kelilingi masyarakat.
“Saya tak sokong Sajat saya doakan dia, saya cuma kata dia cantik sebab dia memang cantik macam perempuan…
“Kalau pandangan saya saya salah saya minta maaf tapi cuba baca caption saya sampai habis... Saya doakan pengakhiran yang baik buat Sajat.
No matter who you are Allah knows the best for you… Kita makhluk Allah yang banyak berdosa kita pun tak suci mana.
“Dekat sini saya tengok orang kita suka melaga lagakan sesama sendiri suka menghina orang… Setiap orang ujian hidup dia lain mungkin family kamu tidak terlibat lgbt, mungkin ambil dadah ke berzina makan duit haram ke dosa dosa yang kamu sendiri tak tahu…
“Allah yang tahu semua orang boleh bertaubat Allah Maha pengasih Maha pengampun Maha Penyayang… Serahkan diri pada Allah...
“Kalau tak suka saya cakap saya minta maaf kita memang selalu nampak salah orang diri sendiri kita kurang kaji sebab orang tak nampak dosa kering kita tapi ingat dari celah mana pun awak berada Allah nampak apa yang awak buat , Allah tutup aib semua ,Allahuakhbar,” jelasnya.
Terdahulu, Aliff Syukri juga dikecam kerana memberikan ucapan istimewa sempena hari kelahiran sahabat baiknya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sajat Tak Tahan Sebak, Jumpa Anak-Anak Terus Menangis - “Saya Tinggalkan Mereka Masa Umur 5 Tahun…”

gempak
05/09/2024
00:37 MYT
Usahawan kontroversi, Nur Sajat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja dapat bertemu dengan dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza selepas empat tahun berpisah.
Hiburan

Hampir Tiga Tahun Terpisah, Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak - “Finally… We Be Together Again”

gempak
03/09/2024
12:25 MYT
Selepas hampir tiga tahun berpisah, akhirnya hajat usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman untuk bertemu dua anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi tercapai.
Hiburan

Isu Kongsi Video Sembang 'Adik Naik' Azal, Zarina Zainuddin; "Lepas Ni Saya Post Video Kerja Sajalah"

gempak
28/08/2024
08:30 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin mengakui berdepan tekanan perasaan gara-gara kecaman diterima akibat berkongsi video perbualan 'adik naik' anak lelakinya, Azal Azrai minggu lalu.
Hiburan

Post Anak Cerita Pasal Kemaluan, Netizen Label Zarina Zainuddin Tak Reti Jaga Aib - “Malu Azal….”

gempak
23/08/2024
04:30 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin menerima kecaman hebat oleh warganet apabila dirinya memuat naik hantaran yang disifatkan sebagai berunsur lucah di Instagram.
Berita

Tiada Pembida, Harga Rumah Sajat Diturunkan Lagi Dari RM4.68 Juta Menjadi …

gempak
21/07/2024
00:24 MYT
Harga kediaman mewah milik usahawan Nur Sajat yang dilelong oleh bank telah diturunkan lagi, kini menjadi RM4.21 juta.