Musim cuti sekolah tiba lagi! Kanak-kanak boleh nikmati program kesukaan ramai di saluran Astro Ceria (631) dan Astro TV1Q (610).

Siri terbaru Beyblade Metal Fusion merupakan antara yang menarik untuk ditonton! Ia berkait dengan pengembaraan Gingka Hagane, 'blader' yang mencari kisah lampau yang terselindung, dia juga mencuba untuk melawan Dark Nebula yang jahat.

Beyblade Metal Fusion boleh ditonton di Astro Ceria, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 3 petang.

Selain itu, siri kesukaan ramai, Doraemon juga akan menghiburkan kanak-kanak dan seisi keluarga dengan episod baru di Astro Ceria pada setiap Isnin hingga Khamis, 2 petang.

Jika anda, adik-adik atau anak suka menonton waktu malam, pastikan anda bersedia untuk menonton Popcorn Ceria, setiap Sabtu dan Isnin, 9 malam untuk pilihan tontonan yang lebih menceriakan seisi keluarga seperti Shrek 2, Kung Fu Panda 3, Mega Monster Battle: Ultra Galaxy hinggalah Ultraman Zero: The Revenge of Belial serta Ultraman Saga2.

Dalam pada itu, sudah tentu anda juga tidak mahu ketinggalan menonton program realiti Astro Ceria. Ceria Popstar 2021 ditayangkan setiap Rabu, 9 malam. Program bercampur komedi itu akan menampilkan bintang-bintang popular tempatan sebagai juri diikuti pelbagai kejutan lain!

Astro TVIQ pula akan menyambut beberapa program baru yang sesuai buat kanak-kanak prasekolah seperti The Fixies yang ditayangkan setiap hari pada 9 pagi.

Selain itu, Bamboo Love ditayangkan juga setiap hari pada pukul 8 pagi diikuti program 'live-action' yang memenangi pelbagai anugerah seperti History Hunters, The Dengineers dan Kitchen Science yang bertujuan untuk mendidik dan menghiburkan kanak-kanak.

Astro Ceria dan TVIQ juga boleh distrim dalam HD dan OnDemand. Pelanggan Astro juga akan menikmati tontonan saluran TA-DAA, Cartoon Network, Nickelodeon, Boomerang, Nick Jr., Astro Ceria dan Astro Xio Tai Yang secara percuma di TV dan Astro Go bermula sekarang hingga akhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 7 June 2021.

Untuk maklumat lanjut, layari astro.com.my/HowTo.