Filem komedi seram arahan Nazir Jamaluddin, Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut (JTKTAPT) masih mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton sejak dilancarkan 8 Julai lalu.

Dalam Carta Filem Top 5 Astro First hari ini, filem ini masih berada di tangga pertama diikuti filem Sabda Kekasih, Chomel, The Ghoul: Horror At The Howling Field dan Masuk Jawi untuk kedudukan kedua hingga kelima.

A post shared by Astro First (@astrofirst.official)


Antara faktor yang mungkin menjadi tarikan buat penonton, JTKTAPT merupakan satu filem yang tidak berat, meskipun seram tapi menghiburkan.

Tak tahu nak tonton filem apa ketika waktu lapang ataupun pada cuti umum dan hujung minggu? Tontonlah JTKTAPT bersama keluarga, rakan serumah mahupun berseorangan.

Jangan Takut...Filem ini tidak akan membuatkan anda takut untuk bangun ke tandas waktu malam!

Sedikit mengenai jalan cerita filem ini, ia mengisahkan tentang tiga sahabat karib, Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung.

Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing menanggung malu. Mereka juga gagal mencuri di rumah Tok Bomoh dan dihalau oleh keluarga masing-masing.

Selepas itu, Dol dan Leman bertekad pindah ke Kuala Lumpur, pelbagai kejadian berlaku dalam perjalanan mereka terutamanya ketika mereka bermain permainan kongsi kisah seram dalam kereta yang ditumpang.

JTKTAPT menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Mark Adam, Amerul Affendi, Shuk Sahar, Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Dalimawati, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menontonnya okay!

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.