Bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali yang bakal tiba, program terbaru terbitan Astro iaitu Punchline DAC muncul dengan satu edisi khas buat penonton.

Menampilkan Datuk AC Mizal sebagai hos, tetamu jemputan kali ini adalah Kidd Santhe, Sangeeta dan Mimifly yang akan berkongsi tentang perkembangan terkini kerjaya mereka.

Menerusi episod tersebut, penonton akan melihat bagaimana Kidd Santhe yang popular dengan lagu Haa Tepok membuat pengakuan meminati Datuk AC Mizal.

Selain itu, anda juga akan mengetahui punca sebenar Mimifly meninggalkan kumpulan One Nation Emcees.

Apa sebabnya? Jangan lupa tonton program tersebut esok (Rabu) jam 9 malam hanya di Astro Warna & Warna HD.

Untuk makluman, Punchline DAC membawakan barisan selebriti popular tanah air seperti pelakon, penyanyi, pemuzik, pelawak, pengarah dan ramai lagi untuk berborak santai di samping melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti trivia, sketsa dan elemen-elemen game show.

Lebih menarik lagi, jurusolek dan penghibur, PS Mansur juga turut memeriahkan lagi set Punchline DAC ini dengan celoteh lucunya sebagai sidekick kepada Datuk AC.