Selepas sukses dengan single Sumpah, penyanyi dan pelakon Naim Daniel bakal melancarkan single terbarunya tidak lama lagi.

Menerusi laporan HLive!, Naim memberitahu dia akan ke Budapest, Hungary untuk proses rakaman muzik video single terbarunya itu.

"Saya akan terbang ke Hungary dalam masa terdekat untuk rakaman muzik video single terbaru ini.

"Saya masih mengekalkan satu perkataan untuk tajuk single kali ini, ia berjudul Terpisah," ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Sekali Lagi ini mendedahkan kualiti lagu barunya itu akan ditambah baik untuk kepuasan pendengar.

"Saya akan bawa 'vibes' yang sama seperti lagu Sumpah, tapi akan ada beberapa perkara yang akan ditambah baik untuk para pendengar," tambahnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).