Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi mengumumkan rancangan kanak-kanak popular, Tom Tom Bak bakal kembali bersiaran di kaca televisyen setelah direhatkan beberapa tahun.

Berita gembira itu dikongsi Aznil menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Selain mengumumkan kemunculan kembali rancangan terbabit, Aznil atau mesra disapa sebagai Pak Nil turut memaklumkan tarikh uji bakat yang bakal diadakan.

"Mungkin ada yang remaja dan dewasa sekarang pernah menonton #TomTomBak satu ketika dahulu sebelum ia direhatkan.

"Kini Tom Tom Bak kembali!! Sesiapa anak dibawah 16 tahun yang petah bercakap, boleh menyanyi, miming lagu, berlakon atau ada bakat lain seperti timbang bola, jimnastik, silap mata, akrobatik, main alat muzik atau apa sahaja boleh sertai ujibakat secara online di FB atau IG.

"Letakkan hashtag #TomTomBakAudition sebelum 23 Julai ini!!"
tulis Pak Nil sebagai kapsyen.

Mungkin ada yg remaja dan dewasa sekarang pernah menonton #TomTomBak satu ketika dahulu sebelum ia direhatkan. Kini TomTomBak kembali!! Sesiapa anak dibawah 16 tahun yang petah bercakap, boleh menyanyi, miming lagu, berlakon atau ada bakat lain seperti timbang bola, jimnastik, silap mata, akrobatik, main alat muzik atau apa sahaja boleh sertai ujibakat secara online di FB atau IG. Letakkan hashtag #TomTomBakAudition sebelum 23 Julai ini!!

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on


Terdahulu, Tom Tom Bak telah ditayangkan di saluran Astro Ceria (611) bermula tahun 2007.

Ia telah dikendalikan oleh Pak Nil selaku pengacara yang melayan kerenah dan menyaksikan bakat kanak-kanak dalam program aneka ragam terbabit.