Filem Wira telah pun mula ditayangkan di pawagam hari ini.

Filem aksi paling ditunggu-tunggu itu dibintangi pelakon hebat Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Tidak ketinggalan, Wira juga turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.

Melihat pada reaksi pengulas dan pengkritik filem, Wira telah mendapat pujian dan rating skor yang agak tinggi.

Paling mengagumkan ada juga yang member Wira 5 bintang! Pergh mesti hebatkan!

Rata-ratanya memuji bagaimana aksi dalam filem ini dipaparkan dengan begitu cemerlang.

Bukan saja itu, menerusi platform Twitter, Wira mendapat pujian dan komen positif dari kebanyakkan penonton.

Anda boleh lihat antara pujian dan kritikan di bawah.

Untuk pengetahuan anda semua, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.

Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.

Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.

Filem ini telah pun memulakan tayangan di pawagam seluruh negara bermula hari ini, jadi apa tunggu lagi?