Hiburan
Wow! Tak Sampai 6 Bulan Ain Edruce Dah Terima ‘Award’ Dari YouTube?
Model, pengacara dan pelakon Nurul Ain Edruce atau Ain Edruce berkongsi detik manis apabila saluran rasmi YouTube miliknya menerima ‘Silver Creator Award'.
Khabar gembira itu dikongsi menerusi posting di Instagram Ain berserta beberapa keping gambar menunjukkan anugerah ‘Play Button’ terbabit.
“Kami berjaya! Terima kasih kepada semua yang menyokong, terima kasih YouTube,” katanya.
Untuk makluman Ain membuka akaun rasmi YouTube berkenaan pada 21 Januari 2019.
Sehingga kini akaun terbabit telah menerima lebih 186,000 ‘subscribers’.
Pada yang tidak tahu, ‘YouTube Creator Award’ merupakan penghargaan daripada YouTube buat mereka yang berjaya meraih ramai 'subscribers'.
Warna perak diberi buat mereka yang mencapai 100,000 'subscribers' dan diikuti warna emas bagi 1 juta 'subscribers'.
Bagi anugerah berlian pula ia diberi apabila melebihi 10 juta 'subscribers'.
Must-Watch Video