Penyanyi Yuna mencatatkan satu lagi momen membanggakan apabila mengumumkan dia menyertai Wilhelmina Models, agensi peragaan terkenal dunia.

Menerusi laman sosial Instagram, Yuna berkongsi berita gembira itu untuk tatapan umum.

“Hello world, here’s the news I wanted to share with you guys. Your girl is signed to @wilhelminamodels. Who woulda thought.. we made it mom!” tulis Yuna menerusi ruangan kapsyen.



Rata-rata netizen dan teman rapat turut mengucapkan tahniah kepadanya atas pencapaiannya itu.

“Hamagadddddd!” tulis Datin Vivy Yusof di ruangan komen.

“What a news! Though you’re gorgeous so that no a surprise,” komen penyanyi Indonesia, Anggun.

“Congratulations!” ujar penyanyi Nourul Depp.

Antara selebriti popular lain yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo.