Musim persekolahan kembali dibuka dan pastinya ramai ibu bapa bertungkus lumus menyiapkan pembiayaan dan yuran persekolahan buah hati masing-masing.



Sama seperti rutin pelakon Indonesia Nia Ramadhani yang turut menghantar anak-anaknya ke sekolah pada waktu pagi.

"Boleh tepuk tangan tak? Perjalanan rumah ke sekolah tadi 1 jam, di sekolah cuma hantar sampai kelas tak sampai 15 minit.

"Sekarang sudah masuk dalam kereta dan perlukan lagi 1 jam untuk balik rumah," tulisnya pada ruangan Instastories.



Namun, lebih menarik perhatian adalah lokasi persekolahan anak-anaknya, Mikhayla dan Mainaka iaitu di sekolah termahal Jakarta, British School Jakarta.

Posting Nia itu dijadikan topik bual bicara rancangan Rumpi No Secret di saluran YouTube Feni Rose.

Menerusi carian warganet, harga untuk Foundation Stage One bernilai 41,950,000 rupiah (RM12,515) untuk tempoh tiga bulan. Nilai setahunnya ialah 119,700,000 rupiah (RM35,712).

Manakala, bagi Stage 1 atau Stage 2 harga mencecah 86,000,000 rupiah (RM25,658) sepenggal dan 246,000,000 rupiah (RM73,394) setahun.

Nia juga perlu membayar wang pendaftaran dan wang pembangunan berjumlah 2,000,000 rupiah (RM596) dan 25,000,000 rupiah (RM7,458) setahun.

Selain itu, ada juga kos untuk perkhidmatan menghantar dan menjemput anak-anaknya ke sekolah. Harganya mencecah 18,900,000 rupiah (RM5,638) untuk setiap semester.

Jadi, nilai keseluruhan bernilai dalam anggaran 419,000,000 rupiah (RM125,000) setahun.