Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wow...Giuseppe Zanotti Hasilkan Koleksi Khas Buat Neelofa!

Asraf Aided
04/11/2019 11:43 MYT
Pereka fesyen Itali, Giuseppe Zanotti telah menghasilkan dua koleksi kasut khas buat hos dan pelakon popular Neelofa.

Berita mengujakan itu dikongsi oleh Neelofa sendiri menerusi entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

Neelofa meluahkan keterujaan berkolaborasi bersama pereka fesyen terkenal itu dan menyifatkannya sebagai satu impian yang menjadi kenyataan.

"Kolaborasi ini adalah satu impian yang menjadi kenyataan untuk setiap wanita.

"Bayangkan perasaan betapa gembiranya perasaan memakai jenama kesukaan dan mendapat peluang untuk berkolaborasi bersama jenama itu," tulis Neelofa sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mengucapkan tahniah buat Neelofa.

Koleksi tersebut dinamakan 'Dazzling Liza for Neelofa' dan 'Mirror Liza for Neelofa'.

Ia akan dilancarkan pada hujung November dan boleh didapati di butik Giuseppe Zanotti, Pavilion Kuala Lumpur.

This collaboration is definitely a dream come true for me, for every girl out there. Imagine wearing a brand which you love so much and you finally get the chance to collaborate? Dream. Come. True! @giuseppezanotti

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

#Neelofa #Giuseppe Zanotti