Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Wujudkah Peluang Kedua? Adakah Intan Raihana Akan Muncul Di Pejabat Daniel Hakim Untuk Kembali Bersama?

Azwa Rahman
11/06/2019 07:56 MYT
Drama bersiri Curi Curi Cinta hampir sampai ke kemuncak dan memasuki minggu akhir!
 
Intan Raihana diberikan notis berhenti kerja dengan pampasan tiga bulan untuk dia meneruskan hidup bersama anaknya.
 
Keberanian Intan untuk bersemuka dengan Daniel Hakim demi membuat rayuan untuk tidak diberhentikan kerja, akhirnya membuatkan air mata Daniel tumpah juga. 


 
Daniel menyesal dengan segala perbuatannya namun Intan berkeras untuk meneruskan proses penceraian.
 
“Sumpah atas nama Allah, saya betul-betul nak jaga awak, jaga Iman, jaga mak. Saya dah mula sedar semua kesilapan saya, Intan. Tolonglah percayakan saya.
 
“Hati saya hanya ada untuk awak, Intan. Saya betul-betul cintakan awak. Saya tak boleh bayangkan hidup saya tanya awak. Tolong bagi saya satu lagi peluang," rayu Daniel.
 
Rayuan demi rayuan ini tidak mampu melunturkan rasa duka dan benci Intan pada suaminya.
 
Pulang ke rumah Intan, rahsia apa pula yang diluahkan oleh Daniel kepada ibu mertuanya?
 
Adakah Intan akan muncul di pejabat bagi membuktikan cintanya pada Daniel?
 
Untuk mengetahui apa yang bakal terjadi, jangan lupa untuk terus menyaksikan drama Curi-Curi Cinta setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
 
Drama Curi-Curi Cinta ini dibintangi oleh pelakon Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Fauziah Nawi, Talha Harith, Uyaina Arshad dan ramai lagi.
 
#Drama #Aiman Hakim #Zahirah Macwilson #Curi-Curi Cinta