Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

X-Change: "Setiap Manusia Ada Tanggungjawab" - Rosyam Nor Akui Watak Yakob Dalam X-Change Sarat Nilai Kekeluargaan

Ainun
30/07/2024 13:25 MYT
Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor, 57, mendedahkan bahawa watak gengster yang dibawakan di dalam siri terbaharu terbitan Astro Originals, X-Change mempunyai nilai tersendiri.

Walaupun sering membawa watak gengster, karakter Yakob berbeza daripada watak yang lain kerana menerapkan nilai kekeluargaan dan kasih sayang.

“Kalau kau tengok seorang gangster, seorang perompak pun mereka tetap akan usaha bagi anak mereka makan.

“Tanggungjawab ini ada pada setiap manusia termasuklah haiwan untuk membesarkan anak-anak mereka.


“Watak Yakob ini dia mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Tanggungjawab dia adalah bagaimana untuk merealisasikan dendam dia kepada manusia yang tidak boleh menerima dia walaupun dia cuba untuk menjadi manusia yang baik.

BERITA TRENDING: Minggu Pertama Penuh Cabaran, Arfie Shah Kenang Detik Berlakon Bersama Datuk Rosyam Nor

BERITA TRENDING: "Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor

BERITA TRENDING: Datuk Rosyam Komen Pelakon Baharu & Kurang Disiplin, Alamak Kenapa Tu?

BERITA TRENDING: “Saya Dulu Berlakon Macam 'Tahi' Juga” - Rosyam Nor Harap Pelakon Baharu Di Beri Peluang, Jangan Terus Main Kutuk

“Yakob berjanji dengan keluarga dia walaupun jalan yang dia ambil itu adalah jalan sukar tapi bagi dia apa masalah dengan memilih jalan sukar ini asalkan keluarga dia bahagia dan boleh menerima apa yang dia buat ini bersama-sama,” katanya ketika ditemui oleh Gempak semasa malam tayangan perdana dan sidang media di TGV Sunway Velocity, Kuala Lumpur.


Sekadar info, selain Rosyam Nor, drama siri premium Astro Originals X-Change menampilkan barisan pelakon muka baharu seperti Arfie Shah, Hariz Hamdan, Sadiq Jamil dan Joey Leong sebagai teraju utama.

Astro Originals, X-Change telah mulakan tayangannya pada 12 Julai, setiap hari Jumaat di Astro Premier atau strim di Astro GO dan Sooka.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM 41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu- Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang.

ATAU

Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/sebulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang: www.sooka.my. #XChange #AstroOriginals #AstroGo #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita #sookaMalaysia #sookaGotDrama

#Datuk Rosyam Nor #Tanggungjawab #Astro Originals #X-Change #Gangster