Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

X-Change: Tampilkan Kisah Adik-Beradik Pelbagai Ragam, Ini Fakta Menarik Tentang Anak Pertama Hingga Ketiga

Firdaus
31/07/2024 13:55 MYT
Siri terbaharu terbitan Astro Originals, X-Change berjaya memukau penonton dengan 'chemistry' setiap pelakon lebih-lebih lagi teraju utama yang memainkan peranan sebagai tiga beradik iaitu Arfie Shah (Khalif), Hariz Hamdan (Qabil) dan Sadiq M. Jamil (Capik).

Mengetengahkan ragam yang berbagai, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa personaliti bagi setiap adik-beradik di dalam X-Change berbeza-beza mengikut watak.

Berikut merupakan fakta berkaitan personaliti anak-anak mengikut turutan kelahiran:

Anak Pertama



Bersikap Dominan

Seperti watak Qabil yang dimainkan Hariz Hamdan, sikap anak sulung selalunya bersikap dominan dan disifatkan sebagai ketua dalam kalangan adik-beradik.

Lebih Suka Mengarah & Keras Kepala

Oleh kerana dianggap sebagai ketua dalam kalangan adik-beradik, sifat anak pertama lebih cenderung untuk mengarah dan keras kepala.

Bagaimanapun, apabila mereka dewasa, anak pertama dikatakan akan menjadi individu dengan personaliti diri yang teguh pendirian.

Anak Kedua



Tak Terlalu Bergantung Kepada Ibu Bapa

Berkait dengan watak Capik, sifat anak kedua selalunya tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa. Menerusi satu kajian tahun 1998 yang melibatkan 400 pelajar mendapati rata-rata anak kedua akan meminta bantuan dengan rakan berbanding keluarga kerana kurang meluangkan masa bersama.

Kreatif & Suka Kebebasan

Anak kedua dikatakan lebih kreatif dan sukakan kebebasan. Disebabkan selalu bersendirian, anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakat.

Cenderung Memberontak

Sering dipersalahkan oleh ibu bapa jika pertelingkahan berlaku antara adik-beradik lain, personaliti anak kedua atau anak tengah lebih cenderung untuk memberontak demi meraih perhatian ibu bapa walaupun cara yang digunakan agak ekstrem dan di luar jangkaan.

Anak Ketiga



Manja

Kena dengan watak Khalif, anak ketiga selalunya akan bersikap lebih manja berbanding adik-beradik lain. Sifat manja yang ada pada anak ketiga biasanya berasal dari perhatian dan kasih sayang orang tua yang berlebihan.

Mudah Tersentuh

Anak ketiga memiliki perasaan yang mudah tersentuh terhadap perkara-perkara yang sedih dan mengharukan.
Anak ketiga selalunya tidak berasa malu jika berasa sedih dan harus menangis di hadapan ibu bapa dan adik-beradik.

Berbakti Pada Orang Tua
Meskipun, bersifat manja dan keras kepala, tetapi anak ketiga sangat berbakti kepada orang tua. Anak ketiga boleh dikatakan sebagai anak yang paling berbakti kepada ibu bapa dibandingkan dengan adik-beradik lain.

BERITA TRENDING: X-Change: Ikut Plot & Karakter, Hariz Hamdan Akan Terus Lakonkan Babak ‘Daring’

​BERITA TRENDING: “Saya Tak Pernah Keluarkan Kenyataan ‘Jilat’, Babak Itu Hanya Sekadar Cium Kaki” - Hariz Hamdan

​BERITA TRENDING:Poster Karakter Siri Originals Terbaharu Astro, X-Change Dilancarkan!

​BERITA TRENDING:Umpama Dalam Drama & Filem, Ini 5 Rompakan Terbesar Yang Pernah Berlaku Di Malaysia!

Saksikan X-Change, setiap Jumaat di Astro Premier atau strim di Astro GO dan sooka.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!

ATAU

Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang: www.sooka.my. #XChange #AstroOriginals #AstroGo #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita #sookaMalaysia #sookaGotDrama

#Astro #Drama #Abang #Adik #Adik-Beradik #Bongsu #sulung #X-Change
;