Cantik bak bidadari! Itu antara komen positif netizen apabila penyanyi Shiha Zikir tampil berhijab menerusi beberapa posting di Instagramnya, semalam.

Difahamkan, penampilannya itu bersempena majlis pelancaran produk kosmetiknya yang berlangsung di Kelantan.

Menurut Shiha, dia bersyukur apabila setiap kali membaca komen positif sebegitu kerana ia merupakan doa daripada peminat-peminatnya.

“Aah untuk event xmetic, brand kosmetik shiha sendiri.

“Alhamdulillah setiap kali Shiha baca komen macam tu Shiha aminkan..

“Sebab apa yang kita atau orang lain cakap adalah satu doa kan, so kalau benda baik, Shiha amin kan,” katanya.

Jelasnya, dia juga mahu buat yang terbaik dan doa daripada orang ramai amat penting buatnya.

“Of course Shiha nak buat yang terbaik and nak jadi lebih baik.

“Sama doakan yang terbaik for each other,” katanya.

Terdahulu, menerusi ruang komen di Instagram, kebanyakan netizen meluahkan keterujaan mereka dengan kecantikan penyanyi lagu AEWO itu.

Malah, tidak kurang juga yang mendoakan supaya Shiha bakal berhijab satu hari nanti.

Anda boleh lihat komen netizen di bawah.