Seorang bayi perempuan ditemui di atas jalan berdekatan kawasan pembinaan jambatan berhampiran sawah padi di Kampung Kubang Pangas, Alor Setar, Kedah.

Menurut sumber, bayi yang dipercayai baru lahir itu ditemui semasa seorang individu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar isterinya ke tempat kerja kira-kira jam 7.30 pagi pada Rabu.

BERITA TRENDING: Dijadikan Content Media Sosial Lepas Dilahirkan, Bayi Pramatang Mati Gara-Gara Kecuaian Klinik

“Pagi tadi saya tergerak hati untuk menggunakan laluan lain menghala ke kawasan tapak pembinaan jambatan.

“Sebaik melalui kawasan itu, saya ternampak bayi ditinggalkan atas jalan dengan dilapikkan kain pelekat dan kain batik dalam keadaan menangis,” kata individu itu.

Kes tersebut turut menjadi tular di Platform X di mana majoriti netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib bayi berkenaan.

“Aduhh kasihannya,"

“Ya Allah. Kejamnya kau wahai si ibu. Kalau benci tak suka atau tak mampu sekalipun, janganlah dibuang,”

“Kasihannya bila dibuang macam ni. Kalau takde dokumen dah kira bukan warganegara Malaysia.”

Dalam pada itu, ada juga yang menawarkan diri mereka untuk menjadi ibu bapa angkat kepada bayi perempuan berikut.

“Tolonglah jangan buang. Saya sudi jaga, saya dan suami cuma M40 tapi boleh bagi keselesaan kepada baby tu,”

“Bagi saya, saya nak anak,”

“Comelnya. Aku boleh buat anak angkat jadi waris aku.”

Sekadar info, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mencari individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Sumber: Kosmo/Platform X