Dalam hanya tempoh setahun, Instagram milik puteri pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha iaitu Alisa Aisyah telah mencecah satu juta pengikut.

Perkara itu diumumkan menerusi posting terbaru Instagram anak kecil berkenaan iaitu @thealisaaisyah.

“Hi & thank you,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Rata-rata pengikut Alisa kagum apabila Instagram tersebut mampu mencapai jumlah pengikut yang banyak dalam tempoh yang singkat.

Kebanyakan mereka mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut.

Malah, berdasarkan pemantauan Gempak, ramai juga peminat Alisa terdiri daripada rakyat Indonesia. Hebat!

Untuk makluman, Alisa dilahirkan di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur, jam 5.59 petang, 24 Mei tahun lalu.

Hairul dan Hanis sebelum ini mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015.

Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki, Yusuf Iskandar, yang kini berusia tiga tahun.