Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah” - Jeritan Terakhir Pembantu Juruterbang Nahas Elmina

Gempak
16/08/2024 10:47 MYT
Transkrip perakam suara kokpit milik pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), N28JV yang terhempas di Elmina, Shah Alam tahun lalu, mendedahkan detik akhir dialami juruterbang yang panik dan ketakutan ketika tragedi itu.

Laporan akhir nahas kemalangan


Transkrip dikeluarkan Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) menerusi Laporan Akhir nahas kemalangan udara itu hari ini, menunjukkan juruterbang berkomunikasi dengan menara kawalan di Subang sejurus sebelum mendarat.

Ketika menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, pesawat sudah mendapat kebenaran untuk mendarat oleh menara kawalan.

Pada jam 06:48:56.9 (Koordinasi Masa Sejagat/Coordinated Universal Time) bunyi klik dirakam melalui mikrofon di kawasan kokpit atau sumber bunyi.

Ini menunjukkan lift dump spoilers pesawat diaktifkan. Satu minit kemudian, bunyi yang serupa dengan nada amaran lift dump kedengaran, berlarutan selama 1.5 saat.

ARTIKEL BERKAITAN:Kegagalan Kawal Penerbangan Punca Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina

ARTIKEL BERKAITAN:"Adik Sayang Mama Sangat-Sangat" - Kata-Kata Terakhir Juruterbang Pesawat Terhempas

ARTIKEL BERKAITAN:Ada Yang Dakwa Elmina Kawasan ‘Keras’?

ARTIKEL BERKAITAN:Video Dashcam Kereta, CCTV Rumah Jadi ‘Saksi’ Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina

ARTIKEL BERKAITAN:Tragedi Pesawat Terhempas: Penunggang Motosikal Sempat Jerit Allahuakbar


Sedar ada sesuatu tak kena


Pembantu Juruterbang (SIC), yang menjadi juruterbang menerbangkan pesawat, menyatakan kebimbangan, menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

Jam 06:49:00.0
SIC: Woah woah woah woah woah woah woah woah. Apa yang sedang berlaku?

Menurut laporan itu, nada amaran lift dump terus kedengaran sehingga tamat rakaman.

Dalam 10 saat terakhir, Enhanced Ground Proximity Warning System diaktifkan, dengan amaran seperti 'minimums', 'sink rate', dan 'pull up' bergema.

Antara detik terakhir yang dirakamkan perakam suara kokpit itu seperti berikut:

Jam 06:49:10.2
SIC: Oihhh… oihhh oihh.

Jam 06:49:11.2
PIC/Juruterbang: Ya Allah. [menjerit]


jam 06:49:11.2
SIC: Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. [menjerit]

Sumber: Harian Metro
#Elmina #Jeritan Terakhir #Nahas Elmina
;