gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fara Salleh Harap Anak Tak Jadi Mangsa Ejekan Disebabkan Konflik Keluarga - “Dia Sempurna, Cantik…”
HIBURAN
Isu Busana Perkahwinan Didakwa Sama, Status Elfira Loy & Fiziwoo Raih Perhatian - “You Selebriti, I Orang Biasa-Biasa Je”
HIBURAN
“Kenapa Bawa Lelaki Masuk Rumah Saya?” – Aliff Syukri Mengamuk Rumah Jadi Sarang Maksiat & Dadah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Ya! Kita Lelaki Tak Sekuat Wanita" - Aeril Zafrel Faham Situasi Isteri Hamil

Asraf Aided
Asraf Aided
13/11/2019
05:36 MYT
Sponsor Banner
"Ya! Kita Lelaki Tak Sekuat Wanita" - Aeril Zafrel Faham Situasi Isteri Hamil
Pelakon Aeril Zafrel memahami susah payah yang dihadapi isterinya, Wawa Zainal sepanjang fasa kehamilan.
Perkara itu dikongsi Aeril menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Kepada isteriku Wawa Zainal, saya tahu awak penat kandungkan baby selama sembilan bulan, saya tahu awak penat walaupun awak selalu kata awak kuat, awak boleh buat.
"Saya tahu awak penat kena pergi meeting sana sini, kerja kuat untuk business kita, saya tahu semua tu," tulis Aeril sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Aeril turut mengucapkan terima kasih kepada Wawa atas segala pengorbanan dan susah payah yang telah dilakukan.
"Terima kasih sayang untuk segalanya, Ya! Kita lelaki tak sekuat wanita, doakan dipermudahkan urusan isteri saya bersalin nanti," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji keserasian dan kebahagiaan pasangan ini, ada juga yang mendoakan agar Wawa dipermudahkan urusan untuk bersalin tidak lama lagi.
View this post on Instagram
Ok la ok la ni yg version sbnr ..Gurau2 sayang.. Kepada isteriku @w4w4_zainal saya tahu awak penat kandung kan baby selama 9 bulan.. saya tahu awk penat wlupun awk selalu kata awk kuat, awk bole buat.. saya tahu awk penat kena pegi meeting sana sini.. kerja kuat utk bisnes kita. Saya tahu semua tu.. terima kasih syg utk segala nya . Ya ! Kita lelaki tak sekuat wanita. Doakan Di permudah kan urusan isteri saya bersalin nanti..?? . Last... lirik lagu tu kata HANYA BIDADARI SEBAGAI GANTI.. tapi awak tiada pengganti @w4w4_zainal
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on Nov 11, 2019 at 11:57pm PST
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Topic Berkaitan
#Aeril Zafrel
#Wawa Zainal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement