Berita
"Ya, Memang Edit, Tapi..." - Ini Penjelasan Raf Yaakob Selepas Gambar Badan Fit Yang Dikongsi Dipertikai Netizen
Pelakon Raf Yaakob menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa sekeping foto yang memaparkan bentuk badannya sebagai gambar tidak tulen.
Bagaimanapun, suami kepada pelakon Mawar Rashid itu mengakui gambar tersebut memang menjalani proses 'suntingan' namun, dilakukan secara semula jadi.
"Ada yang cakap gambar Raf angkat piala tu fake dan edit. Meh sini Raf nak cakap. Fake tu tidak. Edit tu betul. Ya, memang edit, tapi edit secara NATURAL lah.
"Macam mana nak edit badan supaya jadi macam tu? Jaga pemakanan 70 peratus. Bersenam 30 peratus," jelasnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Terdahulu, Raf memuat naik gambar dirinya yang tidak berbaju ketika menjulang piala yang dimenanginya dalam sebuah perlawanan bola sepak di Instagram .
Gambar yang memaparkan bentuk badannya yang 'fit' itu kemudian mengundang pertikaian dalam kalangan netizen.
Begitupun, kata Raf, gambar tersebut dirakam lima tahun lepas ketika berat badannya jauh lebih rendah berbanding sekarang.
"Itu merupakan lima tahun lalu. Raf umur 30 tahun dan berat masa tu 69 kilogram (kg). Sekarang berat dah 75 kg. Rancang nak 70 kg.
"Raf nak cabar diri untuk dapatkan body fit macam dulu balik. Saya akan kongsikan perjalanan saya di page @raf.well. Raf akan kongsikan cara pemakanan dan senaman yang kita semua boleh ikut dan buat di rumah masa Perintah Kawalan Pergerakan ni," katanya.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Raf Yaakob di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.