Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Ya, Puteri Sarah Masih Isteri Saya" - Syamsul Yusof Rayu Pulang Ke Pangkuan, Selesaikan Masalah Di Rumah

Amri Hassan
06/01/2023 08:45 MYT
Pelakon Syamsul Yusof merayu isterinya, yang juga pelakon Puteri Sarah agar pulang ke rumah bersama-sama kedua-dua anak mereka, Syaikhul Islam dan Summayah.

Syamsul dalam hantaran video di Instagramnya memohon agar Puteri Sarah tidak terus menerus berkongsi segala perihal rumah tangga mereka di media sosial sekali gus mengelak untuk berbincang secara baik.

"Ya, Puteri Sarah masih lagi isteri saya dan kepada Puteri Sarah saya harap pulanglah ke rumah untuk berbincang masalah kita, tak perlu hebahkan di media sosial.

"Bawa kembali anak-anak kita balik. Kita selesaikan di rumah tanpa perlu hebahkan atau aibkan saya. Saya masih suami awak. Fikir-fikirkanlah.

"Kepada isteri saya, kita cari penyelesaian baik bukan mengaibkan. Ia menimbulkan fitnah, persepsi kurang baik kepada masyarakat," ujarnya.

Mengakui dirinya bukan insan sempurna, Syamsul memohon doa serta restu keluarga untuk menjalani hidup dengan tenang.

"Kepada keluarga saya, tak terlintas untuk membelakangkan kalian, cuma saya harap doa yang baik-baik dari keluarga saya sendiri.

"Saya juga akan berdoa mudah-mudahan keputusan saya dirahmati Allah daripada fitnah dan niat jahat orang. Paling penting ia sah di sisi syarak.

"Saya bukan manusia sempurna, melakukan kesilapan dalam hidup.

"Tak kurang juga yang menyokong dan memahami tindakan saya, kita manusia boleh cakap apa saja. Saya okey, saya tenang dan reda. Saya mahu ketenangan dalam hidup saya," tambahnya.

Syamsul pada Jumaat mengumumkan telah selamat bernikah dengan wanita yang dikaitkan dalam rumahtangganya bersama Puteri Sarah, Ira Kazar.

BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Terdahulu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dengan suaminya, Syamsul Yusof berlaku sejak beberapa tahun lalu berpunca atas dakwaan kehadiran 'orang ketiga' dikenali Ira Kazar.

Pelbagai spekulasi bertebaran termasuk dakwaan Syamsul dan Ira Kazar sebenarnya telah mendirikan rumah tangga sebelum ini.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

#pelakon #Kahwin #Viral #Syamsul Yusof #Puteri Sarah #Thailand #Ira Kazar
;