Laman Utama

"Ya, Saya Beri Dia Bunga" - Aedy Ashraf

gempak
Amri Hassan
16/06/2021
03:55 MYT
Sponsor Banner
"Ya, Saya Beri Dia Bunga" - Aedy Ashraf
Pelakon Aedy Ashraf menyifatkan pemberian sejambak bunga kepada salah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini sebagai pembakar semangat dan caranya menghargai peminat.
Malah kata Aedy, 27, biarpun tidak mengenali identiti remaja terbabit, dia terkejut apabila mendapat mesej rambang daripada pemilik akaun berkenaan menerusi Instagramnya.
Lebih mencuri tumpuannya apabila remaja tersebut mendekatinya dengan cara yang unik.
"Dia bertanya, hadiah apa yang saya akan bagi jika dia berjaya dapat keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Cara dia mesej itu sebenarnya yang unik bagi saya.
"Bukan tak ada yang mesej-mesej saya sebelum itu, tetapi hanya cara dia sahaja yang membuatkan diri rasa tertarik. Dia tanya macam kami berdua sudah berkawan lama sahaja. Kelakar!
"Saya balas pertanyaannya itu dan katakan, kalau dia dapat 9A, saya akan bagi dia bunga. Sekali memang betul-betul dia dapat keputusan 9A. Tak sangka memang dia budak pandai, jadi saya kenalah kotakan janji untuk bagi dia bunga," katanya ketika sesi sidang media virtual Budak Tebing 2 pada Selasa.
Aedy berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai hantaran di Twitter darinya yang tular gara-gara seorang remaja perempuan yang menggunakan akaun bernama Aesha Alawi meminta hadiah sempena keputusan 9A SPM baru-baru ini. Tambah Aedy lagi, biarpun janggal tapi pengalaman terbabit menarik bagi dirinya selain menjadi peluang baharu untuk membuat kebaikan.
"Tak ada niat apa, cuma untuk membuatkan orang lain merasa gembira dan bahagia. Tak salah pun. Bagi saya, perasaan dapat menggembirakan orang lain ini seronok sebenarnya. Jarang-jarang dapat lakukan, jadi bila dapat buat itu diri sendiri pun rasa bahagia," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live