Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Ya, Saya Dah Ceraikan Ellie" - Azri Iskandar

Amri Hassan
17/05/2022 05:55 MYT
Pelakon Azri Iskandar mengesahkan sudah menceraikan isterinya yang juga pelakon, Ellie Suriaty pada Selasa.

Kata Azri, perpisahan itu disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka selepas 19 tahun bersama.

"Ya betul... saya dah ceraikan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan.. tapi tidak bergaduh pun.

"Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami," katanya kepada Gempak.

Enggan mengeruhkan keadaan, Azri memohon doa agar kehidupan mereka yang kini sudah berasingan diberikan ketenangan.

"Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang.

"Harap maklum dan mengerti.. saya nak berehat...nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita," tambahnya.

Media melaporkan pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sepanjang perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.

#pelakon #cerai #Ellie Suriaty #Azri Iskandar
;