Yamani Abdillah Naik Angin Farid Kamil Petik Nama Bapa Dalam Podcast - "Kau Kena Fikirkan Keluarga Orang Tu Dulu ..."
Anak kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah, Yamani meluahkan rasa berang terhadap pelakon Farid Kamil yang sebelum ini ada memetik nama bapanya yang juga Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dalam sebuah podcast.
Menerusi perkongsian di Instastory, Yamani meminta bekas suami kepada aktres Diana Danielle itu memikirkan keluarga orang lain sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Woi, B***. Fikirkan peminat tu dah betul. Tapi pertama sekali kau kena fikirkan dulu keluarga orang tu dulu la b***.
“Lain la kau memang tak bermaruah punya orang,” tulisnya.

Terdahulu, Farid Kamil mengakui kekhilafannya dan telah memohon maaf kerana menyebut nama Datuk Jamal Abdillah dalam sesi ‘Podcast Lelaki’ yang tular baru-baru ini.
Menurut pelakon Lagenda Budak Setan, perkongsiannya dalam podcast itu bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak terjebak dalam kisah gelap atau penyalahgunaan bahan terlarang. Namun begitu, ia telah disalah ertikan selepas dia memetik nama Jamal dalam penceritaannya.
Sebelum ini, Farid meluahkan rasa kesal apabila difitnah mengambil bahan terlarang ketika menghadiri majlis pelancaran filem Anwar: The Untold Story, yang turut menjadi topik perbincangan dalam podcast berkenaan.
Tindakan Farid yang mengaitkan nama Jamal telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-ratanya berang dan mengecam tindakan tersebut.
BERITA BERKAITAN: Farid Kamil Mohon Maaf Petik Nama Jamal Abdillah, Belum Terima Respons Dari Empunya Badan - “Saya Kesal…”
BERITA BERKAITAN: Jamal Abdillah Tepis Dakwaan Zaki Yamani & Yamani Abdillah Tumpang Populariti - “Lari Macam Mana Pun, Bunyi Ayah Mereka Pasti Akan Ada”
BERITA BERKAITAN: Jamal Abdillah Tetap Beri Bantuan Walau Zaki Yamani Berhabis 40,000 Demi Sambung Belajar - “Saya Akan Tanggung”
BERITA BERKAITAN: Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”