Menurut Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali, dia menganggap perkara tersebut adalah bukan isu besar kerana bakat nyanyiannya telah diwarisi oleh Zaki dan Yamani.
“Macam Osama Yamani, kalau menyanyi memang sebiji dengar seperti suara saya. Zaki pula semakin dewasa, semakin bertambah sama dengan saya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Sandarkan Pada Kenangan itu turut menegaskan kedua-dua anak lelakinya itu tidak menumpang popularitinya dalam mencipta nama dalam industri seni tanah air.
“Tak mengapa orang nak cakap mereka klon saya sebab memang anak-beranak.
“Saya tidak melihat mereka berdua menumpang populariti saya pun.
“Cuma, mereka perlu fikirlah sampai bila hendak jadi pengikut, pastinya mereka juga ada haluan yang mahu dicapai,” ujarnya lagi.
Cari Identiti Sendiri
Malah, Jamal turut memberi pesanan agar Zaki dan Yamani perlu mencari identiti tersendiri sebagai seorang penyanyi.